Tuesday, May 19, 2009

Sah BN dijangkiti penyakit Fobia Pilihanraya.

Assalamualaikum.

Tiada calon di Penanti.
KUALA LUMPUR 18 Mei – Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak akan meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini kerana ‘ia hanyalah satu permainan politik pembangkang’.
Keputusan itu dicapai sebulat suara pada Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang berlangsung kira-kira dua jam di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Ia dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dihadiri timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta sebahagian besar ketua parti-parti komponen BN. Utusan Malaysia - 19 Mei 2009.


Dalam kita dikejutkan dengan penyakit H1N1, Miningitis dan Leptospirosis, rupa-rupanya ada 'virus' atau penyakit baru iaitu penyakit Fobia Pilihanraya atau Electionphobia. Istimewanya penyakit ini hanya menyerang Parti Barisan Nasional sahaja. Penyakit ini disahkan apabila BN membuat keputusan untuk tidak menyertai Pilihanraya Kecil Dun Penanti baru-baru ini dan begitu takut jika Dun Perak dibubarkan. Dipercayai punca penyakit ini adalah daripada kekalahan mereka dalam 4 pilihanraya kecil yang lepas. Oleh itu rakyat dinasihatkan agar tidak bimbang kerana penyakit ini tidak akan menyerang mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 12:48 PM   3 comments

3 Comments:

At 1:33 AM, Blogger Naruto Sensei said...

Salam..?

Sila lawat

http://bagindareformasi.blogspot.com/

Ada cerita best saya di sana nak copy dan siarkan pun diizinkan..

Wassalam

 
At 3:42 PM, Blogger Muhammad said...

MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ [Siri 2] [23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H]

Anjuran :
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
&
Kolej Dar Hikmah,
Jalan Sungai Ramal Dalam,
43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

OBJEKTIF :

* Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
* Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
* Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
* Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

TEMA :
Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

TARIKH :
23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H

TEMPAT :
Kolej Dar Hikmah,
Jalan Sungai Ramal Dalam,
43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan


TENAGA PENGAJAR :

1. Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
2. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
3. Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

SASARAN :
Seramai 150 orang yang terdiri dari:
* Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
* Orang Awam
* Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang

YURAN MURAH :
RM 15 [INDIVIDU]

MODUS OPERANDI :
Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu 'Asakir (Aqidah Mursyidah).

(Talaqqi kitab/Pembentangan/)

TENTATIF PROGRAM

Sila rujuk web : http://pondokhabib.wordpress.com

 
At 3:14 PM, Anonymous Anonymous said...

wahai tuan punya blog, buat apa nk letak calon di Penanti kalau wakil rakyat PKR tak serius jalankan tanggungjawab dia dan meletak jawatan dengan alasan tak munasabah?
Kalau nk sambung belajar tak payah jadi wakil rakyat. Sengaja letak jawatan supaya PKR-DAP-PAS boleh buat ceramah mengutuk dan menghina Kerajaan? Kerajaan pun bukan sempurna. Tapi kalau pembangkang nak bagi pendapat biarlah yang dapat membina dan membantu Kerajaan memajukan negara.

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter