Wednesday, May 13, 2009

Rakyat Perak menangis kembali.

Assalamualaikum.

Zambry kekal MB Perak.
PUTRAJAYA 12 Mei - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir untuk menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Dengan keputusan itu, status quo Zambry sebagai Menteri Besar Perak kekal buat masa ini sehingga rayuannya terhadap perintah Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) semalam diputuskan oleh Mahkamah Rayuan kelak. Utusan Malaysia - 13 Mei 2009.


Nampaknya seperti apa yang dikhuatiri sebelum ini benar-benar terjadi. Kegembiraan hanya seketika. Dato' Seri Nizar telah diturunkan kembali daripada jawatan Menteri Besar. Bukan kerana usul undi tidak percaya tetapi kerana keputusan mahkamah yang menangguh perintah mahkamah mengisytiharkan Dato' Seri Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Apa yang kita sedih di sini Dato' Seri Nizar adalah Menteri Besar yang sah yang dipilih oleh rakyat pada Pilihanraya Umum 12 yang lalu dan sehingga kini beliau belum lagi dicabar oleh usul undi tidak percaya di Dun Perak. Tetapi dalam menunggu proses rayuan Zamry Kadir pula yang menjadi Menteri Besar. Sedangkan Zamry Kadir dan Barisan Nasionallah yang merampas pentadbiran Negeri Perak daripada Dato' Seri Nizar dan Pakatan Rakyat secara haram.

Selepas ini kita tidak tahulah apa yang akan terjadi. Kerana selagi ianya tidak diserahkan kembali kepada Rakyat Perak melalui peti undi maka selama itulah keadaan tidak menentu dan yang menjadi mangsa adalah Rakyat Perak sendiri. Maka sama-samalah kita doa semoga Allah membuka pintu hati Sultan Perak untuk membubarkan Dun Perak agar kekusutan ini dapat dirungkai sendiri oleh Rakyat Perak.

posted by Lidah Penghunus @ 1:17 PM   1 comments

1 Comments:

At 10:01 PM, Anonymous Anonymous said...

Apa yang berlaku dah pun di jangka sebab tu saya sebagai rakyat biasa yang bekerja kilang pun dah tahu dah apa keputusannya dari segi apa yang kita ambil tahu(Hakim belum umum dah dapat agak dah).Dasar MB haram segala macam haram dah di perak sekarang ni.Kita tunggulah pr13 nanti buatlah perubahan total,ajar sikit manusia-manusia yg gilakan kuasa ini..

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter