Saturday, August 08, 2009

PPIM sokong penggunaan akta haram ISA?

Assalamualaikum.

Lagi usaha saman penganjur demo.
Empat organisasi lagi bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur demonstrasi membantah akta ISA minggu lalu atas alasan "kerugian material dan psikologi" kepada peniaga dan pengguna.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Kuala Lumpur akan menfailkan saman pemula dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.
Buat masa sekarang, keempat-empat badan tersebut termasuk Pewaris yang menganjurkan perhimpunan pro-ISA pada Sabtu lalu, sedang mengumpulkan bukti-bukti daripada pengguna berhubung demonstrasi tersebut.
PPIM akan bertindak sebagai penyelaras untuk mengumpulkan tuntutan-tuntutan daripada individu, kata Setiausaha Agungnya Datuk Dr Ma'amor Osman. Malaysiakini - 7 Ogos 2009.

Kita sedih, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), sebuah pertubuhan yang melindungi hak pengguna Islam, yang berusaha memastikan umat Islam di negara ini mendapat barangan halal, tiba menyokong penggunaan ISA yang diharamkan oleh Islam itu kerana jelas menafikan hak seseorang untuk dibicarakan di mahkamah secara adil.

Seperti yang pernah disebut sebelum ini kalau benar pun para peniaga ini mengalami kerugian pihak yang sepatutnya dipersalahkan ialah pihak kerajaan yang memperalatkan pasukan polis mengganggu orang yang mahu berhimpun secara aman untuk membantah ISA yang zalim itu.

Apa yang dapat saya perhatikan penganjuran demonstrasi ini sebenarnya boleh memberikan keuntungan kepada peniaga termasuk pengusaha pengangkutan awam kerana peningkatan pengunjung ke ibu kota secara mendadak. Dengan syarat demonstrasi tempoh hari tidak diganggu dengan water canon dan gas pemedih mata.

posted by Lidah Penghunus @ 11:46 AM   1 comments

1 Comments:

At 1:21 PM, Blogger Lidah Penghunus said...

Sepatutnya saat2 ini PPIM bersama-sama Pas dalam isu arak bukannya menyibuk hal penjaja di KL

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter