Tuesday, September 01, 2009

Rupa-rupanya kita kena tipu!

Assalamualaikum.

Pada bulan Mei yang lepas kerajaan telah memperkenalkan petrol jenis RON 95 bagi menggantikan petrol RON 92 dengan harga RM 1.75. Petrol jenis ini akan mula dijual selewat-lewatnya sebelum September kerana RON 97 akan dinaikkan harganya.

Dengan pengumuman kerajaan ini kita berasa sedikit lega kerana walaupun bezanya hanya lima sen daripada harga petrol RON 97 namun untuk penggunaan yang banyak ianya boleh dikatakan dikatakan sebagai menjimatkan. Tambahan lagi RON 95 ini tidak seperti RON 92 ianya boleh digunakan oleh kebanyakan jenis kenderaan termasuk kenderaan keluaran terbaru.

Namun begitu rupa-rupanya kita telah ditipu. Bermula hari ini 1 September, satu hari selepas ulangtahun kemerdekaan Negara kerajaan telah menaikkan petrol RON 95 kepada RM 1.80 dan RON 97 kepada RM 2.05. Saya sendiri hanya sempat menikmati RON 95 berharga RM 1.75 sekali sahaja sebelum ianya dinaikkan.

Ini bermakna kita terpaksa membayar harga yang sama iaitu RM 1.80 untuk petrol yang lebih rendah kualitinya daripada petrol RON 97. Inilah dia hasil daripada slogan "1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan."

posted by Lidah Penghunus @ 11:36 AM   5 comments

5 Comments:

At 12:15 PM, Anonymous Rakyat Dihulukan said...

kena tipu sokmo, tapi pencacai umno kata takpa, takpa naik sikit ja ... boleh dengan harga tak berubah masih RM1.80 , padahal untuk petrol yang lebih rendah kualiti.

 
At 12:04 AM, Anonymous Anonymous said...

slm..
sy nk tny apa bukti saudara menyatakan sebegitu?
kenyataan tanpa 1 bukti adalah sukar untuk dipercayai,lebih2 lagi bukti hanya dengan kata2..
?
?
?

 
At 8:41 AM, Blogger baLdi MeraH said...

tuan.. saya nk beritahu.. sewaktu ron 95 dilancarkan di stesen petronas shj, x salah saya ada pengumuman bahawa ron 95 murah kerana tempoh percubaan, dan selepas itu akan dinaikkan harganya kepada 97.

jadi tuan x perlu risau, majoriti enjin kereta jepun dan korea menggunakan standadr 95 sebagai asas, manakala kereta continental menggunakan standard lebih rendah iaitu 88. maksudnya kereta tuan mampu mencapai kuasa optimum dengan minyak tersebut.

jgn melenting cepat sgt tuan.

boleh rujuk blog kereta ni,

http://paultan.org

 
At 2:53 PM, Anonymous Anonymous said...

Kalau dah janji RM 1.75 buat je lah, jgn naik, tak faham faham juga org atas aku ni

 
At 4:49 PM, Anonymous Anonymous said...

bila try guna ron95, ak rasa mcm kurang km berbanding ron97 dlu, rasanya mcm minyak tu mkn sket,cpt habis, xbgus la ron95 ni

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter