Monday, October 12, 2009

Kemenangan yang akan menghancurkan mereka.

Assalamualaikum

Keputusan Pilihanraya Kecil Bagan Pinang telah pun kita ketahui yang mana ianya telah memihak kepada BN dengan majoriti yang lebih besar.
Walau bagaimanapun kekalahan Pas ini tidak bermakna bahawa momentum kemenangan Pakatan Rakyat telah berakhir. Ini kerana sebagaimana yang kita maklum calon yang menang, Isa Samad pernah menjadi Menteri Besar Menteri Besar dan kebiasaannya kawasan-kawasan yang diwakili oleh PM,TPM dan MB begitu sukar untuk dirampas oleh pembangkang. Oleh itu Pas dan Pakatan Rakyat sebenarnya masih mampu meneruskan momentum kemenangan ini hingga ke Pilihanraya Umum ke-14.

Dengan keputusan Pilihanraya Kecil ke-9 ini juga bermakna BN telah memenangi 2 daripada 9 pilihanraya kecil yang dipertandingkan dan kedua-duanya adalah kubu kuat BN sendiri. Manakala PR pula daripada 7 yang dimenangi oleh mereka, 1 daripadanya adalah kerusi yang dirampas daripada BN.
Jadi melihat kepada senario ini saya percaya PR paling kurang pun pada pilihanraya umum akan datang masih mampu mengekalkan kerusi Parlimen dan negeri-negeri yang dimenangi oleh mereka.

Kepada sahabat-sahabat dalam Pas dan Pakatan Rakyat yang selama ini telah bekerja keras siang dan malam dan tidak putus-putus berdoa dan solat hajat meminta kepada Allah agar diberikan kemenangan janganlah kecewa, kerana saya percaya kemenangan Isa Samad yang pernah dihukum atas kesalahan politik wang ini mungkin perancangan Allah untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional yang makin angkuh ini. Tidak mustahil selepas ini Umno Negeri Sembilan pula akan berbalah seperti yang terjadi di Terengganu.

posted by Lidah Penghunus @ 9:39 AM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter