Tuesday, October 06, 2009

Mahathir kata negara malap jika pembangkang berkuasa. bukan perasuah?

Assalamualaikum.

Negara malap jika pembangkang berkuasa.
DUNGUN 5 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keadaan negara akan menjadi malap dan buruk sekiranya pentadbiran kerajaan berpindah daripada Barisan Nasional (BN) kepada pembangkang kerana kebanyakan pemimpin pembangkang sanggup menukar pendirian semata-mata untuk mendapat populariti dan sokongan rakyat.
Katanya, ada juga dalam kalangan mereka sanggup menghalalkan sesuatu yang dulunya mereka anggap haram semata-mata untuk memuaskan hati musuh yang kini menjadi rakan dalam pakatan pembangkang.
"Dulu Pas kata kerjasama dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang bukan sahaja mereka bekerjasama dengan bukan Islam, tapi dia kata ternak babi pun tak apa, tapi orang Islam tak boleh makan babi.
"Dia (Pas) ambil tafsiran dalam al-Quran kata (orang Islam) tak boleh makan babi, dia tak kata tak boleh ternak (babi). Kalau dah ambil tafsiran macam tu, maknanya kita boleh ternak, kita boleh jual babi, kita boleh masak babi, tapi jangan makan, fasal nak setuju juga dengan orang ini, kita sanggup tukar pendirian kita sama sekali," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau sebelum itu menyampaikan wacana bertajuk Dari Minda Tun, Ketuanan Melayu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu, kampus Dungun, di sini hari ini.
Turut hadir Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah. Utusan Malaysia - 6 Oktober 2009.


Sebelum ini Tun Dr Mahathir lantang menyeru agar menolak pemimpin rasuah kerana pemimpin sebegini yang akan membawa kehancuran kepada negara. Namun begitu bermula dengan naiknya Khairy Jamaluddin yang telah diberikan amaran oleh Lembaga Disiplin Umno kerana kesalahan politik wang sebagai Ketua Pemuda Umno dan yang terbaru terpilihnya Isa Samad yang pernah dihukum kerana kesalahan politik wang sebagai calon Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, ternyata bahawa suara bekas PM keempat ini tidak diendahkan oleh pemimpin dan ahli Umno. Dan alih-alih pembangkang pula yang dikatakan akan memalapkan negara jika berkuasa. Bukan lagi pemimpin rasuah yang banyak dalam Umno dan Barisan Nasional itu.

Jika kita teliti pada petikan akhbar di atas ini mungkin ada benarnya juga jika dikatakan bahawa Dr Mahathir sudah nyanyuk. Kenyataan yang merapu dan diulang kembali skrip lama. Pas tidak pernah kata orang Islam boleh menternak dan menjual daging babi. Pas hanya benarkan orang bukan Islam untuk menternak dan menjual daging babi untuk keperluan mereka. Jika begitu lepas ini bolehlah Tun dan anaknya Mirzan Mahathir masuk Pas, agar Pas halalkan orang Islam jadi pengarah syarikat arak khususnya San Miguel Corp.

posted by Lidah Penghunus @ 11:07 PM   2 comments

2 Comments:

At 4:08 PM, Anonymous anakapahng said...

Salam.

Mahathir , adalah PM yang paling pembelit.Itulah fahaman saya sebelum dan selepas menjadi dan berhenti sebagai PM dan Presiden UMNO.

Baru-baru ini beliau berkata "Zaman Abdullah Badawilah rasuah berlaku dengan teruk"

Apa yang saya faham rasuah bermula di zaman Mahathir, sistem kuota dalam UMNO untuk bertanding dalam pemilihan UMNO menyebabkan gejala ini menular semakin parah hingga ke zaman najib.

Mahathir pelopor kepada memusnahka pendidikan anak-anak Melayu di kampubg-kampung.PPSMI hingga ke hari ini mencengkam batang tengkuk anak-anak Melayu.

Dulu dia kata Tunku nyanyuk, sekarang kita tunggu dan lihat....jika Allah panjangkan umur nya.....

Mahathir sepatutnya memohon maaf kepada keluarga si mati di dalam peristiwa pembunuhan orang-orang islam Memali.....

Jangan komen banyak sangatlah....cermin dulu pungkuq tu ada taik ka dak!!!!

 
At 2:21 PM, Anonymous Najwa Aiman said...

Bukan nyanyuk... Tapi mabuk kut...? Eheks...

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter