Wednesday, September 30, 2009

Mari kita hukum Isa Samad di Bagan Pinang.

Assalamualaikum.

Rasuah politik: Saya sudah jalani hukuman, kata Isa.
Calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad berkata isu beliau terbabit dalam rasuah politik tidak berbangkit lagi kerana beliau telahpun menjalani hukuman penggantungan keahliannya dalam Umno selama tiga tahun.Isa digantung selama tiga tahun mulai 24 Jun 2005 kerana rasuah politik kerana melanggar etika pemilihan pemilihan pucuk pimpinan Umno 2004.Dalam pemilihan tersebut, Isa mendapat undi tertinggi untuk tiga jawatan naib presiden Umno, tetapi kemenangannya dibatalkan kerana didapati bersalah melanggar kod etika pemilihan.Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.Bercakap kepada pemberita selepas diumumkan sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Isa berkata, beliau juga bukannya melakukan satu kesalahan jenayah.
http://www.malaysiakini.com - 29 September 2009

Tan Sri Isa Samad yang baru diumumkan sebagai calon BN di Bagan Pinang ini telah pun menjalani hukuman atas kesalahan rasuah politik oleh Umno. Dan kini tibalah masanya untuk rakyat khususnya pengundi-pengundi di Dun Bagan Pinang untuk menghukum Tan Sri Isa dan Barisan Nasional kerana cuba menaikkan orang yang mempunyai rekod buruk iaitu rasuah politik sebagai wakil rakyat.

Memang benar bekas MB Negeri Sembilan ini bukan disabitkan atas kesalahan jenayah. Tetapi sebagai orang yang bakal menggalas tanggungjawab terhadap rakyat dan negara seseorang itu mestilah amanah dan bebas daripada rekod salah laku rasuah.

Dengan pengumuman ini juga nampaknya Tun Dr Mahathir dari zaman Pak Lah hingga ke zaman Najib pun tidak ada lagi pemimpin Umno yang mahu mendengar suaranya. Maka adalah lebih baik sahaja Tun keluar balik daripada Umno.

posted by Lidah Penghunus @ 9:54 AM   1 comments

1 Comments:

At 1:59 PM, Anonymous Anonymous said...

semoga mahathir tak lupa bertaubat sebelum dia mati

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter