Saturday, September 26, 2009

Hunusan raya ke-7

Assalamualaikum.

Lagi usaha saman penganjur demo.
Empat organisasi lagi bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur demonstrasi membantah akta ISA minggu lalu atas alasan "kerugian material dan psikologi" kepada peniaga dan pengguna.Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Kuala Lumpur akan menfailkan saman pemula dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.
Buat masa sekarang, keempat-empat badan tersebut termasuk Pewaris yang menganjurkan perhimpunan pro-ISA pada Sabtu lalu, sedang mengumpulkan bukti-bukti daripada pengguna berhubung demonstrasi tersebut.
PPIM akan bertindak sebagai penyelaras untuk mengumpulkan tuntutan-tuntutan daripada individu, kata Setiausaha Agungnya Datuk Dr Ma'amor Osman. Malaysiakini - 7 Ogos 2009.

PPIM: Selcat jangan dera mental
Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor(Selcat) perlu mencontohi cara prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam siasatan dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri itu.Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Ma'amor Osman berkata Selcat dan kerajaan negeri Selangor perlu memastikan tidak lagi berlaku sebarang penganiayaan mental dan fizikal terhadap mana-mana individu yang dipanggil memberi keterangan terhadap jawatankuasa itu."Selcat boleh menjadikan prosiding PAC yang ditubuhkan di peringkat Parlimen yang turut dianggotai wakil parti pembangkang sebagai contoh di mana sebelum ini belum kedengaran mana-mana pihak yang dipanggil memberi keterangan di hadapannya dibuli, diperbodohkan atau diaibkan."Ini kerana rakyat akan sentiasa menilai kecekapan, keberkesanan dan keprihatinan badan-badan dan ahli panel yang dilantik sama ada mencerminkan sebuah kerajaan yang adil, bertimbangrasa, bertanggungjawab dan amanah," katanya dalam kenyataan hari ini.
http://www.malaysiakini.com - 26 September 2009

Hairan, PPIM yang sebelum ini menyokong akta haram ISA boleh pula tidak bersetuju dengan cara yang digunakan oleh Selcat. sedangkan ISA yang terang-terang zalim kerana menahan seseorang tanpa bicara dan telah banyak kita dengar penderaan mental dan fizikal terhadap tahanan.

posted by Lidah Penghunus @ 11:31 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter