Wednesday, September 16, 2009

Kerajaan bebaskan tahanan ISA, bukan mansuhkan ISA.

Assalamualaikum.

Suami aktivis anti-ISA dibebaskan
Suami aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Norlaila Othman bersama empat lagi tahanan akan dibebaskan dari kem perlindungan Kamunting, Taiping petang ini.
Dalam pengumumannya di Putrajaya hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kelima-limanya dibebaskan selepas kementerian mendapati mereka menunjukkan pemulihan yang positif dan tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara
Mat Sah Mohd Satray bersama empat lagi tahanan Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) itu dituduh terlibat dengan gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI). Mat Sah (foto), yang pernah bekerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, ditahan pada April 2002 atas tuduhan terlibat dengan gerakan Islam itu.
Turut dibebaskan, Dr Abdullah Daud, seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang ditahan 3 Jan 2002.Tiga lagi yang turut dibebaskan: Mohd Nasir Ismail @ Hassan, Ahmad Kamil Md Hanapiah dan Muhammad Amir Md Hanapiah. Ketiga-tiganya ditahan di kem Kamunting mulai 30 Mei 2007.
Dalam sidang medianya, menurut Bernama, Hishammuddin menafikan pembebasan mengejut ini ada kaitan dengan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan pada awal bulan depan.
Tambahnya, dengan pembebasan itu, kini tinggal sembilan lagi tahanan ISA - empat rakyat Malaysia dan masing-masing seorang warga Bangladesh, Pakistan, Thailand, Singapura dan Indonesia.
Sementara itu, sebagai reaksi segera, Norlaila yang terkejut dengan pembebasan Mat Sah tetap menyatakan kesyukurannya.
"Syukur kepada Allah dan (saya) nak berkongsi rasa gembira ini dengan semua rakyat Malaysia yang selama ini menyokong perjuangan saya dan GMI," katanya kepada Malaysiakini melalui mesej SMS.
Beliau yang kini berada di Sabah tidak dimaklumkan lebih awal tentang permbebasan suaminya itu. http://www.malaysiakini.com - 15 September 2009

Kita berasa bersyukur dengan berita pembebasan lima orang tahanan ISA termasuk suami kepada aktivis Gerakan Mansuhkan ISA, Puan Norlaila Othman. Dengan penahanan selama hampir dua tahun ini adalah berita yang amat menggembirakan sekali bagi keluarga kaum keluarga mereka tambahan lagi pada saat umat Islam akan menyambut kedatangan 1 Syawal tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun perjuangan untuk mendesak ISA dimansuhkan tidak akan terhenti setakat ini selagi akta yang zalim ini tidak dimansuhkan. Kerajaan boleh membebaskan mereka yang ditahan ini sesuka hati pada bila-bila masa, tidak mustahil kerajaan juga boleh sesuka hati menahan individu yang lain tanpa bicara apabila mereka terdesak.

posted by Lidah Penghunus @ 10:55 AM   1 comments

1 Comments:

At 5:19 AM, Blogger Prof. Era Pasca said...

Kami warga ERA PASCA ingin mengucapkan Salam Lebaran kepada semua pembaca blog ini... DAN....

Walauapepun....

Ampun maaf daripada kami andai...

TERkasar bahasa
TERsilap pukul
TERambil barang
TER'pau' duit
semua TER2 yang lain

Ikhlas dari kami warga Era Pasca:
Naruto Sensei & baginda®

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter