Thursday, October 15, 2009

Umno untuk cari makan dan kumpul kekayaan?

Assalmaualaikum.

Kikis 'Umno untuk cari makan'
Tanggapan Umno sebagai sebuah parti "untuk cari makan" mestilah dikikis untuk menjayakan slogan 1Malaysia "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan", kata Datuk Seri Najib Razak. "Umno tidak boleh dilihat sebagai sebuah parti yang hanya ghairah memperjuangkan kelompok yang sedikit.
"Sebaliknya, kita mahu Umno dilihat, dirasai, serta diyakini sepenuhnya sebagai sebuah parti inklusif yang mendahulukan rakyat dan bukannya mendahulukan diri sendiri," kata presidem Umno.
"Maka itu, persepsi Umno sebagai parti untuk cari makan mesti dibuang jauh-jauh, mesti ditinggalkan."
"Sekarang, kalau tidak dapat hotel lima bintang, ramai yang mengeluh sakit-sakit badan. Tidak standard dan tidak kelas, katanya," kata Najib lagi.
"Apa yang cuba saya utarakan di sini adalah, ke manakah hilangnua budaya khidmat dan kesukarelawanan dalam Umno?
"Kalau hendak diikutkan, begitu ramai golngan profesional seperti peguam, doktor, akauntan dan jurutera yang menjadi ahli.
"Malangnya, di saat-sat kita memerlukan kerja-kerja sukarela umpamanya pada musim pilihan raya, begitu sedikit yang tampil membantu dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
"Beliau juga mahu melihat Umno terus menjadi parti menjuarai rakyat dengan memberatkan kebajikan semua dan periuk nasi semua rakyat. http://www.malaysiakini.com - 15 Oktober 2009.

Sebenarnya memang ramai ahli-ahli Umno seperti yang disebutkan oleh Datuk Seri Najib ini. Mereka ini tahu bahawa Umno itu tidak betul, banyak kepincangan dan zalim namun begitu alasan mereka untuk tidak meninggalkan Umno dan menyertai pembangkang adalah sebab cari makan. Maka tidak hairanlah ramai ahli-ahli Umno yang kita jumpa terdiri daripada kontraktor dan peniaga. Tujuan mereka ini masuk Umno bukannya untuk memperjuangkan bangsa Melayu, jauh sekali Islam, tetapi adalah untuk kepentingan peribadi semata-mata.

Ini berbeza dengan Pakatan Rakyat khususnya Pas yang mana ahli-ahlinya sendiri pula yang keluarkan duit untuk kerja-kerja parti yang mereka jalankan. Malahan semasa menjadi kerajaan sekarang ini pun amalan infaq atau derma ini terus menjadi amalan dalam Pas dan amalan ini akan terus subur sampai bila-bila selagi Pas meletakkan Islam sebagai matlamat perjuangan.

Kembali kepada ucapan Najib ini, kita masih ingat ketika harga minyak dinaikkan dahulu, Najib menyeru kepada rakyat agar ubah gaya hidup, Namun begitu beliau yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan isterinya terus dengan cara hidup mewah mereka. Jika sekarang ini Najib meminta agar mengikis tanggapan bahawa masuk Umno untuk cari makan, maka bagaimana pula dengan golongan yang masuk Umno untuk mencari dan mengumpul kekayaan?

posted by Lidah Penghunus @ 4:52 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter