Wednesday, November 18, 2009

SPR jadi komponen BN?

Assalamualaikum.

SPR cabar keputusan mahkamah.
Suruhanjaya Pilihan Raya belum isytihar kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin di Mahkamah Persekutuan bagi membuktikan pihaknya bertindak mengikut undang-undang yang ditetapkan dalam mengendalikan isu berkaitan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata tindakan itu akan dilakukan secepat mungkin berikutan keputusan mahkamah mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah, kosong berikutan kegagalan Ahli Dewan Undangan Negerinya menghadiri dua persidangan DUN. "Hanya jika kita gagal di Mahkamah Persekutuan baru SPR akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan hari pengundian dan penamaan calon untuk membolehkan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh diadakan. Berita Harian - 18 November 2009

Nampaknya SPR beriya-iya untuk mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang melucutkan status Adun Kota Siputeh daripada Barisan Nasional. Sedangkan orang yang dilucutkan jawatan Adunnya itu adalah ahli politik daripada Umno dan Barisan Nasional dan perlucutan ini hanya memberikan kesan kepada BN sendiri, bukannya SPR.

Sepatutnya usaha SPR sekarang ini adalah untuk mengadakan satu pilihanraya kecil yang adil dan telus. Bukannya bertindak seolah-oleh mereka termasuk dalam parti komponen BN. Biar Umno dan BN sahajalah yang membuat rayuan atau mencabar keputusan mahkamah itu. Dalam hal ini mereka kena terimalah kesilapan mereka yang tidak meneliti Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah dalam membuat keputusan.

posted by Lidah Penghunus @ 1:16 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter