Tuesday, December 01, 2009

Apabila orang yang kurang ilmu mengkritik Tok Guru.

Assalamualaikum

Bagi saya kritikan-kritikan yang timbul terhadap kenyataan Tok Guru Nik Aziz adalah kerana kejahilan mereka sendiri yang tidak mahu untuk belajar, bertanya dan mengkaji daripada mereka yang arif. Ini ditambah lagi dengan peranan media perdana menyebabkan rakyat yang percaya kepada mereka terus menjadi jahil.

Dalam isu doa Tok Guru Nik Aziz ini misalnya, mereka bagaikan orang yang arif ilmu agama membidas Tok Guru Nik Aziz sebagai menyalahi ajaran Islam. Sedangkan mereka tidak mentelaah sirah nabawiah yang menceritakan bagaimana Rasulullah SAW mendoakan dengan menyebut nama-nama yang telah mencampak najis ke badan baginda ketika baginda sedang sujud di depan Kaabah.

"Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMU urusan untuk membinasakan Abi jahal bin Hisyam , Utbah bin Rabia'h , Syaibah bin Rabia'h , al Walid bin Utbah , Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mui't .

Ini samalah juga dengan kenyataan Tok Guru yang menyebut Allah mencarut dan Allah samseng. Mereka tidak mahu mengkaji dialek Kelantan yang mencarut itu bermaksud mencela, mereka juga tidak mahu mengkaji terjemahan surah al-Lahab yang ayat pertamanya bermaksud "Celakalah Kedua - dua tangan Abu Lahab" dan mereka juga tidak mahu mengkaji maksud-maksud sifat al-Jabbar dan al-Mutakabbir dalam asma al-Husna.

Mungkin mereka akan mengatakan bahawa Abu Jahal itu adalah orang kafir dan musyrik sedangkan Najib Tun Razak adalah orang Islam. Di sini mereka harus ingat bahawa musuh Islam bukan orang yang terang-terang kafir sahaja, orang munafiq juga adalah musuh orang Islam malahan orang-orang yang zalim juga tidak terlepas daripada doa orang yang dizalimi. Jelas bahawa Najib dan kerajaan BN telah menzalimi rakyat Kelantan dengan menafikan hak royalti petroleum mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 4:56 PM   2 comments

2 Comments:

At 5:55 PM, Anonymous Anonymous said...

Nik Aziz: Kita doa sampai pecah perut

BELUM SEMPAT DOA SAMPAI PECAH DI PERUT SUDAH PECAH PULAK DI-MULUT YANG NIK AZIZ PERASUAH.

MACAM MANA NAK JADI ULAMA NI TOK GURU. JANGAN-JANGAN ULAR DALAM SEMAK TAK.

ADAKAH TUAN INGAT SEJARAH, MACAM MANA RASUL DI-PERLAKUKAN OLEH ORANG TAIF PADA MASA ITU.

APA YANG TELAH RASUL BUAT. RASUL TELAH BER DOA AGAR MEREKA MEREKA DAN ANAK CUC MEREKA DI-BERI TAUFIK DAN HIDAYAH AGAR MEREKA NANTI KELAK AKAN BERIMAN PADA ALLAH DAN RASUL NYA.

RASUL TAK DOA KAN BENCANA DAN LAKNAT BUAT MEREKA.

ITU SIFAT KEPERIBADIAN YANG SUCI DAN MURNI DI-TUNJUKAN DAN DI-AJARKAN NABI.

MASIH NAK NAFIKAN INI SEMUA WAHAI SAUDARA KU.

BAGI SAYA TUAN GURU TOK AZIZ ORANG YANG TAK BERILMU DAN BERAKHLAK SEORANG ULAMA MALAH NIK AZIZ ADALAH PENGIKUT SYAITAN YANG DI-LAKNATKAN ALLAH.

BERTAUBAT LAH KAMU SEMUA PENGIKUT AJARAN SESAT NIK AZIZ.

 
At 12:59 PM, Anonymous Anonymous said...

hallo kawan,
Nik Aziz bukan nabi yang maksum boleh doakan yang baik2 sahaja walaupun kena baling batu sampai berdarah. Sungguhpun NA banyak ilmunya, dia masih ada nafsu & ammarah- yang bezanya camner dia kawal marah dia. walau sekeji mana pun cara dia lontarkan kemarahannya, saya percaya ia masih yang terbaik berbanding jika kita berada di tempatnya

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter