Wednesday, January 27, 2010

Biar ianya benar-benar sudut pidato.

Assalamualaikum.

pidato nilai idea golongan muda.
KUALA LUMPUR: Pandangan mahasiswa yang berbeza dengan pihak kerajaan mahupun universiti dan disuarakan menerusi sudut pidato tidak harus dilabel mewakili pembangkang, sebaliknya diterima sebagai sebahagian idea golongan muda.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata semua pihak tidak harus cepat menyelar pendapat yang disuarakan itu sebagai membelakangi kerajaan atau mengutuk, tetapi lebih penting menilainya sudut positif. Katanya, tujuan utama sudut pidato dihidupkan semula untuk memberi ruang penuntut bersuara, jadi mereka berhak mengemukakan cadangan asalkan tidak menyentuh isu sensitif mengganggu gugat keamanan negara. “Jika lahir cadangan, pandangan atau kritikan baik serta difikirkan boleh menyumbang kepada pembangunan negara, kita wajar menelitinya bukan menyelar mahasiswa kerana fungsi sudut pidato untuk mereka bersuara. “Masa zaman saya dulu tiada peluang begini (untuk bersuara), jadi apabila kerajaan bersetuju mewujudkan semula sudut pidato selepas 40 tahun sepi...saya anggap peluang baik kepada mahasiswa,” katanya. Harian Metro - 27 Januari 2010.


Diharapkan kewujudan semula sudut pidato ini biarlah ianya benar-benar menjadi pentas untuk mahasiswa menyatakan pandangan mereka secara kritis dan berani tanpa ditekan oleh mana-mana pihak. Ini semua adalah untuk menyuburkan bakat berpidato dan kepimpinan mereka diperingkat awal. Jika ada sesuatu yang diperkatakan itu kritis terhadap parti pemerintah maka ianya haruslah diterima oleh parti pemerintah begitu juga sebaliknya jika sesuatu itu kritis terhadap parti pembangkang maka ianya juga haruslah diterima oleh parti pembangkang.

Tidak harus ada label prokerajaan atau propembangkang terhadap golongan ini kerana mereka sedang berada di medan ilmu, maka setiap isu yang diperkatakan oleh mereka juga adalah cetusan daripada apa yang mereka pelajari di bilik kuliah yang seharusnya mereka diterjemahkan ke alam realiti.

Jika sudut pidato yang ada ini juga diwujudkan sekatan maka samalah seperti kita akan ada akhbar nasional serta televisyen tetapi di kawal oleh pemerintah dan kita juga masjid serta surau tetapi ustaz-ustaz kita disekat untuk menyampaikan Islam yang menyeluruh kepada masyarakat.

posted by Lidah Penghunus @ 4:57 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter