Thursday, January 28, 2010

Perbuatan baling batu sembunyi tangan.

Assalamualaikum.

Saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan meletakkan kepala babi di dua buah masjid di jalan Klang Lama malahan sebagai orang Islam kita juga mengutuk sebarang tindakan khianat terhadap rumah ibadat penganut agam lain.

Bagi saya insiden ini disifatkan sebagai "baling batu sembunyi tangan" oleh pihak-pihak tertentu bertujuan untuk menggugat keharmonian di negara ini. Maka dengan itu kita rakyat Malaysia tidak kira agama atau bangsa harus bertenang dalam menghadapi situasi ini. Tiada guna kita bertindak secara emosional dan membabi buta sedangkan tidak diketahui siapa sebenarnya yang melakukannya dan apa motif sebenarnya.

Di sini kita serahkan sahaja kepada pihak berwajib dan sebagai orang Islam kita sama-sama doa dan solat hajat agar Allah gagalkan perancangan jahat orang-orang ini. Andaikata benar perbuatan ini bertujuan untuk melaga-lagakan serta mewujudkan ketegangan antara kaum dan agama saya percaya jika kita semua bertenang serta tidak memberikan sebarang reaksi maka tindakan biadap mereka ini akan terhenti setakat ini sahaja.

posted by Lidah Penghunus @ 9:50 AM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter