Friday, March 05, 2010

Siapa sebenarnya yang angkuh?

Assalamualaikum.

Harussani dedah keangkuhan Pas.
BANGI 4 Mac - Setelah berdiam diri hampir dua tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini meluahkan apa yang terbuku di hati.
Beliau menceritakan keangkuhan Pas Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu, walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.
"Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara Pas dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (UMNO) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).
"Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat Pas menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.
"Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.
"Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai," katanya. Utusan Malaysia - 5 Mac 2010.


Ketika tempoh berkempen semasa Pilihanraya Umum ke-12 dahulu kita lihat Umno dan Barisan Nasional ternyata angkuh, menggunakan akhbar serta media dan segala instrumen kerajaan diperalatkan untuk berhadapan dengan pakatan pembangkang (ketika itu Barisan Alternatif).

Kita masih ingat ungkapan 'pade doh' iaitu kempen besar-besaran Umno untuk merampas Kelantan daripada Pas yang ketika hanya lebih satu kerusi Dun sahaja. Bayangkan mereka dengan yakin menggelar Awang Adek sebagai bakal Menteri Besar Kelantan. Begitu angkuh sekali mereka ini.

Akhirnya tanggal 8 Mac 2008 menyaksikan Umno dan Barisan Nasional terduduk apabila kehilangan 5 negeri dan majoriti dua pertiga Dewan Rakyat. Bila sudah hilang 5 negeri boleh pula hendak minta kita Pas mengkhianati rakan-rakan dalam PKR dan DAP? Sepatutnya merekalah yang kena tinggalkan Umno dan bersama-sama PAS, PKR dan DAP.

Kita hairan mengapa Harussani beriya-iya mahu Pas bergabung dengan BN, siap boleh tawar jawatan MB dan exco kepada Pas. Sebanarnya pendedahan Harussani ini menjelaskan lagi kepada kita bahawa beliau adalah Ulama' Umno.

posted by Lidah Penghunus @ 5:08 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter