Thursday, February 25, 2010

Sempena Maulidur Rasul.

Assalamualauikum.

Sempena Maulidur Rasul yang akan tiba pada esok hari mari sama-sama kita renungi kembali diri kita. Adakah benar-benar kita mencintai Allah dan Rasul-Nya cukup dengan kita menyertai perarakan sempena sambutam Maulidur Rasul? Adakah boleh dikatakan kita benar-benar mencintai Allah dan Rasul-Nya dengan hanya kita berdemonstrasi membantah isu penggunaan kalimah Allah dan juga membantah penghinaan terhadap Nabi. Sedangkan kehidupan harian kita tidak mengamalkan sunah Rasulullah SAW.

Dan adakah benar-benar kita ini mencintai Allah dan Rasul-Nya dengan kita mengisi borang sebagai ahli Parti Islam Se-Malaysia atau mana-mana pertubuhan atau jemaah yang dasarnya Islam di Negara ini tetapi kita tidak mengikut adab-adab berjemaah dan tidak mengikuti usrah atau program berbentuk tarbiah yang diadakan malahan kehidupan harian kita tidak seperti apa yang diperjuangkan.

Oleh itu sempena Maulidur Rasul ini marilah sama-sama kita mengamalkan sepenuhnya apa yang diajar oleh nabi junjungan kita SAW. Bukan kerana sambutan Maulidur Rasul tetapi kerana kita adalah umat Nabi Muhammad SAW. Semoga kita termasuk golongan yang mendapat Syafaat daripada Baginda SAW di akhirat kelak.

posted by Lidah Penghunus @ 9:22 AM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter