Thursday, April 01, 2010

Perkasa perkakas Umno

Assalamualaikum.

Perkasa mahu Melayu jadi calon.
HULU SELANGOR – Persoalan siapa calon yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya kecil (PRK) akan datang sudah menjadi perbualan kebanyakan penduduk di daerah ini.
Bukan mahu mencadangkan sesiapa, tetapi masing-masing mahukan supaya calon yang diletakkan benar-benar mampu mewakili suara rakyat.
Turut berusaha menyuarakan pandangan dan cadangan pemilihan calon adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daerah ini.
Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) antara NGO yang lantang melontarkan cadangan dan sebulat suara mahukan supaya calon Melayu daripada UMNO dipilih.
Pengerusinya, Roslee Jamaludin berkata, mereka berkeyakinan penuh hanya pemimpin Melayu mampu memperjuangkan nasib rakyat di Hulu Selangor.
Menurutnya, selaras dengan perjuangan pertubuhan itu,calon UMNO dilihat mempunyai hak besar mempertahankan tujuh perkara penting berkaitan hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.
“Sebagai pertubuhan bebas, kami mengambil ketetapan mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi peluang ini kepada calon dari UMNO bertanding merebut kerusi Parlimen ini.
“Kami akan menghantar satu memorandum kepada beliau bagi menyatakan pendirian Perkasa daerah ini sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya kepada Sinar Harian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Perkasa Daerah Hulu Selangor di sini semalam. Sinar Harian - 1 April 2010.

Ini lagi bukti bahawa Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia atau Perkasa adalah budak suruhan Umno yang ditubuhkan untuk menyerang Pakatan Rakyat atas nama Melayu. Jika NGO berkenaan benar-benar memperjuangkan Melayu dan tidak terikat dengan politik kepartian mengapa perlu menetapkan sesuatu calon Melayu itu mesti daripada Umno? Adakah Pas, PKR dan DAP tiada orang Melayu?

Kalau mereka percaya Umno mampu untuk memperjuangkan Melayu mengapa ditubuhkan Perkasa? Mengapa tidak mereka lompat masuk ke dalam Umno beramai-ramai dan bubarkan Perkasa? Akhir sekali andaikanlah Umno tunduk kepada MIC untuk meletakkan calon mereka di Parlimen Hulu Selangor, adakah Perkasa yang teramatlah Melayunya ini akan menyokong calon daripada Pakatan Rakyat?

posted by Lidah Penghunus @ 1:02 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter