Saturday, April 17, 2010

Kempen tak tonton TV oleh FOMCA.

Assalamualaikum.

Fomca sasar generasi muda
PETALING JAYA: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) akan mengadakan kempen 'Minggu Tidak Menonton Televisyen' di seluruh negara dengan menyasarkan golongan muda, pada 21 hingga 27 April ini.
Penyelaras Kempen Konsumer Kebangsaan (3K) Fomca, Datuk Paul Selva Raj, berkata usaha itu dilakukan berikutan kajian mendapati, kanak-kanak menghabiskan masa antara tiga hingga lima jam sehari menonton televisyen, sekali gus membawa kepada gaya hidup tidak sihat. Berita Harian - 17 April 2010.

Apa kata FOMCA adakan kempen tidak tonton TV bermula hari ini hingga ke hari pembuangan undi pada 25 April ini dan sasarannya adalah untuk semua rakyat Malaysia khususnya pengundi-pengundi di Parlimen Hulu Selangor.

Ini kerana pada tempoh tersebut menonton TV terutamanya berita tidak berfaedah kepada rakyat Malaysia kerana pada waktu tersebut meningkatnya amalan pembohongan dan laporan berat sebelah oleh RTM, TV3 dan yang seangkatan dengannya yang menjadi alat kempen BN untuk Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.

posted by Lidah Penghunus @ 2:02 PM   1 comments

1 Comments:

At 2:34 PM, Blogger azman kamarul said...

Saya dah alam pun tak tak tengok tv1,tv2,tv3 dan rakan-rakan yang sekutu dengannya...kalau FOMC baru nak boikot..terlewatlah tu....ketinggalan keretapi lah tu.

Dah lama dah puak ni buat program yang mengarut-ngarut...dari drama hantunya hinggalah kepada iklan yang mengarut-ngarut hinggalah kepada beritanya yang menyakitkan hati.

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter