Friday, June 04, 2010

Jangan jadi polis Yahudi!

Assalamualaikum.

Polis: Jangan sertai perhimpunan haram esok.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai demonstrasi yang dijangka diadakan di beberapa tempat di Kuala Lumpur selepas solat Jumaat esok bagi membantah serangan Israel atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Pihak polis tidak menerima sebarang pemohonan untuk mengadakan perhimpunan dan menyifatkannya sebagai perhimpunan haram, katanya dalam satu kenyataan."Perhimpunan ini juga dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan," katanya.
Pergerakan Pemuda Umno dijangka akan mengadakan perhimpunan bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel itu di Masjid Negara selepas solat Jumaat manakala pergerakan Pemuda PAS mengadakan perhimpunan di Masjid Jamek Kampung Baru dan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat. http://malaysiakini.com - 3 Jun 2010.

Kita nak ingatkan pihak Polis, andaikata himpunan aman petang ini disekat, jika ada yang ditangkap dalam demonstrasi aman membantah rejim Zionis petang ini dan andaikata keluar walaupun setitik air kimia water canon atau sebutir zarah gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan, Maka memanglah kalian semua adalah polis Yahudi yang didik oleh Apco-Zionis!

Ini adalah demonstrasi aman yang menunjukkan kebersamaan kita rakyat Malaysia bersama-sama masyarakat dunia tidak kira bangsa dan agama dalam membantah penganiayaan terhadap umat Islam Palestin dan pihak yang ingin membantu mereka. Maka kita minta kepada pihak PDRM agar menggunakan budi bicara pada himpunan aman petang ini.

posted by Lidah Penghunus @ 8:46 AM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter