Monday, April 26, 2010

Kita jumpa di Hunusan PRU 13.

Assalamualaikum.

Pilihan raya umum ujian sebenar.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) mahu memenangi pilihan raya kecil Hulu Selangor, tetapi keputusannya kelak bukan ukuran sebenar sokongan kepada kerajaan.
Pilihan raya kecil hanya pilihan raya kecil dan petunjuk sebenarnya adalah pilihan raya umum. Apa saja yang kita lakukan boleh menyumbang ke arah mencapai kepada jangkaan atau psikologi untuk menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. 5 April 2010.

Najib: Kemenangan bukti peralihan sokongan rakyat.
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan parti itu dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini sebagai satu "perubahan besar." Katanya, ini disebabkan pemilihan kali ini berlangsung di sebuah negeri yang dikuasai pembangkang.
Menurutnya lagi, kemenangan P Kamalanathan membawa erti yang besar kepada BN.
"...kerana kalau kita lihat keputusan 2008, dan keputusan pada kali ini bererti sudah ada peralihan sokongan kepada BN. "BN menghampiri 2,000 undi dan ini merupakan satu 'shift' yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai pembangkang. Kalau dulu Selangor dikuasai BN," tambahnya. http://www.malaysiakini.com - 26 April 2010.

Keputusannya telah pun kita ketahui dan kita terima dengan hati yang terbuka walaupun kita tahu bagaimana serangan yang hebat dilakukan dengan menggunakan segenap kekuatan yang ada pada mereka ditambah pula dengan pelbagai taktik kotor yang dilakukan demi memenangkan BN yang sedang terdesak.

Ini kerana ini adalah pilihanraya kecil maka kekuatan daripada seluruh negara ditumpukan untuk menyerang Pakatan Rakyat. Saya teringat dahulu bagaimana Menteri Besar Selangor yang sekarang ini, Tan Sri Khalid tewas dalam Pilihanraya Kecil Dun Ijok pada tahun 2007, namun begitu beliau menang di Dun Ijok pada Pilihanraya Umum ke-12 dan diamanahkan sebagai Menteri Besar Selangor

Maka kita ingin beritahu Barisan Nasional bahawa kita Pakatan Rakyat tidak akan luntur semangat kita dan kita akan terus menggempur Barisan Nasional hingga ke Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

posted by Lidah Penghunus @ 8:51 AM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter