Friday, April 23, 2010

Hunusan PRK Hulu Selangor. Bil. 3

Assalamualaikum.

Dr M anggap Zaid katak, minta undi calon BN.
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor yang akan mengundi Ahad ini, supaya memilih calon BN.Mantan perdana menteri itu berkata ini adalah kerana terbukti BN mampu membawa pembangunan dan perubahan ke kawasan mereka dan seterusnya memantapkan lagi taraf hidup rakyat di situ.
"Negara kita aman dan tenang, walaupun kita telah mencapai banyak kemajuan di kawasan bandar, banyak lagi yang perlu dilakukan di kawasan luar bandar, " katanya ketika berceramah untuk pilihan raya tersebut di Serendah.
Bercakap mengenai calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, beliau berkata bekas menteri itu boleh diibaratkan sebagai katak."Dulu dia dalam Umno jadi menteri, lepas itu dia melompat ke pembangkang. kaki belakang dia cukup kuat kerana sekarang dia dapat jadi calon pembangkang."Kita tak sepatutnya pilih atau percaya orang yang suka melompat macam ini. Nasihat saya jangan pilih orang macam itu. "Nanti dia mabuk entah apa yang dibuatnya. Dia tak berjudi tapi ada kuda lumba. Saya pun ada kuda 30 ekor tapi bukan kuda lumba. Dia mengakui ada kuda lumba tapi dia kata dia tak berjudi, saya tak faham ni," kata Dr Mahathir. http://malaysiakini.com - 22 April 2010.

Nampaknya Mahathir datang ke Hulu Selangor ini hanya untuk merapu sahaja. Adakah Datuk Zaid yang sanggup melepaskan jawatannya sebagai Menteri, keluar Umno dan masuk PKR tanpa menjadi Ahli Parlimen dikatakan sebagai katak?
Dan adakah pahlawan-pahlawan Islam terdahulu yang memiliki kuda tunggangan yang tangkas boleh dikatakan kaki judi?
Seolah-olahnya pada malam semalam Mahathir pula yang mabuk, merapu entah apa-apa.

posted by Lidah Penghunus @ 9:13 AM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter