Saturday, July 17, 2010

Hunusan pagi Sabtu.

Assalamualaikum.

Editor diarah elakkan perkataan 'barang naik'.
Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.
Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.
"Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.
Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini. http://malaysiakini.com - 16 Julai 2010.

Mungkin selepas ini kita para penulis blog juga tidak harus menggunakan ungkapan yang tidak sedap didengar seperti 'tumbangkan Barisan Nasional', 'tolak BN' dan seumpama dengannya.
Kita gunakan ungkapan seperti 'peralihan kuasa inter-parti'.

Untuk demonstrasi atau perhimpunan aman pula mungkin boleh ditukar dengan nama 'rapat muhibbah' atau 'ekspresi rasa'.

Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan. http://malaysiakini.com - 16 Julai 2010.

Pilihanraya Umum nanti tak payahlah nak rayu undi daripada rakyat. Minta sahaja NGO dan Persatuan Pengguna yang mesra BN undi mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 AM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter