Wednesday, June 23, 2010

Hunusan Piala Dunia 2010.

Assalamualaikum.

TEPAT seperti dijangka, kegagalan ‘melesenkan’ perjudian sepanjang pesta bola sepak Piala Dunia 2010, mencetus pelbagai isu terutama membabitkan pertaruhan secara haram terutama dalam kalangan rakyat bukan Islam. Berita Harian - 23 Jun 2010.

Jika begitu adakah kita harus melesenkan kegiatan tidak sihat seperti pelacuran, penagihan dadah, rompakan dan pembunuhan untuk mengatasi kegiatan ini daripada berleluasa?

Antara yang memulangkan paku buah keras ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, yang nyata tidak dapat menahan diri daripada bertanya apakah semua tangkapan yang berlaku sejak dua minggu lalu ada membabitkan rakyat beragama Islam. Berita Harian - 23 Jun 2010.

Adakah Nazri Aziz pasti bahawa kegiatan pertaruhan Piala Dunia ini tidak melibatkan orang Melayu Islam sedangkan ramai lagi yang belum tertangkap? Tok Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan telah berusaha menyekat pengambilan alkohol di kalangan umat Islam di Kelantan melalui undang-undang. Tetapi jika orang Islam Kelantan minum arak secara sembunyi-sembunyi atau minum arak di luar Kelantan adakah Tok Guru Nik Aziz akan menanggung dosa?

Namun, beberapa kes tangkapan besar-besaran dan hakikat bahawa lebih 200,000 rakyat Malaysia terbabit dalam perjudian haram Piala Dunia setiap hari, dengan pertaruhan lebih RM300 juta, ramai yang membangkang sebelum ini mula menginsafi hakikat sebenar. Berita Harian - 23 Jun 2010.

Tahniah kepada PDRM kerana berjaya menyelamatkan wang lebih RM 300 Juta yang sepatutnya menjadi milik Berjaya Group.

“Contohnya, membela dan memakan babi, kita khususkan tempat pembelaan dan kita umumkan kawasan tidak halal apabila membabitkan penjualannya. Begitu juga dengan arak, kita syaratkan tempat dan kenakan hukuman sekiranya berkelakuan mabuk di tempat awam.
“Jadi kenapa dalam isu melesenkan judi sukan ini menjadi masalah pula kepada kita. Bukan kita, umat Islam, yang bertaruh. Mengapa kita perlu takut untuk mengenakan syarat yang dapat mengekang perjudian ini.
“Saya berharap lain kali orang Melayu dan umat Islam janganlah terlalu emosional tak tentu arah. Biarlah orang Cina dan India nak bertaruh... itu duit dia, kita cuma melesenkan bagi memastikan ia tidak mencetuskan pelbagai isu yang tidak diingini,” katanya. Berita Harian - 23 Jun 2010.

Judi, arak dan babi semestinya haram untuk orang Islam, tetapi judi ini ianya mampu membawa kesan negatif yang berpanjangan selepas daripada kegiatan tersebut yang susah untuk dikawal. Kalau orang mabuk sebab minum arak kita boleh tangkap jika dia buat kacau di khalayak ramai. Tetapi judi jika orang itu kalah judi dan menanggung kerugian yang besar. Maka dia terpaksa meminjam daripada Ceti Along. Maka kegiatan Along akan berleluasa. Dan jika orang yang kalah judi itu tidak mampu untuk bayar balik hutang maka timbul gejala ugutan, pembunuhan dan ianya akan melibatkan sekali keluarga orang yang berhutang. Sebab itulah kaum cina dan india juga menolak judi sebab mereka tahu penyakit sosial yang timbul daripadanya.

Isu perjudian ini mencetus begitu banyak tekanan kepada pihak berkuasa. Kegagalan melesenkannya akan membuka pintu begitu luas kepada perjudian gelap, yang membawa kepada kepada isu gangsterisme.
Kumpulan gangster yang terbentuk akan mula mencipta ‘jajahan’ masing-masing dan akhirnya boleh membawa kepada pergaduhan kepada kumpulan yang tamak yang tidak teragak-agak menceroboh kawasan. Jauh lebih buruk, ia boleh turut membabitkan pihak berkuasa apabila ada yang boleh ‘dibeli’ untuk melindungi kumpulan terbabit. Berita Harian - 23 Jun 2010.

Kita ingin bertanya, adakah dengan melesenkan judi gejala negatif yang seperti disebutkan itu boleh dihentikan. Kalau sudah namanya haram sudah tentulah orang akan melakukan secara haram. Mengapa tidak dibenteras sahaja secara serius seperti mana mereka membenteras kegiatan dadah, pengganas termasuklah perhimpunan haram? Kita lihat sahaja demonstrasi misalnya demonstrasi BERSIH, Mansuhkan PPSMI dan ISA. Beriya-iya mereka membenterasnya, membuat sekatan jalan raya, menurunkan seramai mungkin anggota FRU semata-mata untuk menggagalkan kegiatan yang mereka anggap melanggar undang-undang.

Lidah Penghunus - Saya sokong pasukan Jerman kerana dahulu mereka bunuh ramai orang Yahudi.

posted by Lidah Penghunus @ 2:24 PM   1 comments

1 Comments:

At 11:45 AM, Anonymous Najwa Aiman said...

Kalau sudah gila judi
Kalau sudah gila judi
Sampai lupa anak isteri...
Lupa anak isteri
Akhirnya setengah mati...
Hai setengah mati

Satu juta...
Dua juta...
Tiga juta...
Kita Berjaya...
Semua Berjaya...
Malaysia Berjaya...

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter