Monday, June 21, 2010

Ubah dasar kepada Islam dahulu, baru datang ulama'

Assalamualaikum.

Asri belum putus sertai Umno.
Mohd Asli membuat penjelasan tersebut ekoran laporan dalam Umno Online yang menyebut Dr Mohd Asri bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk PhD akan menyertai Umno Jumaat depan.Laporan itu memetik setiausaha kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusof yang menyebut bekas mufti Perlis itu dan ulama yang lain akan menyertai Umno menerusi Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Dalam laporan tersebut, Ab Rauf yang juga ketua bahagian Umno Bukit Bintang berkata, kemasukan ulama itu akan menjadikan Umno lebih segar, “dibajai dengan ilmu-ilmu Islam dan seterusnya membantu kepimpinan negara membangunkan Malaysia.”
Bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang merasmikan persidangan itu, dilaporkan memuji usaha Umno Bukit Bintang untuk menarik 100 ulama menyertai parti itu.
http://www.malaysiakini.com/ - 20 Jun 2010.

Bagi saya apa penting Umno mestilah mengubah dasar perjuangannya terlebih dahulu kepada Islam. Barulah ulama' berduyun-duyun untuk menyertai Umno untuk bersama-sama dengan parti itu untuk memperjuangkan Islam.

Kita lihat Pas, Parti Islam ini tidak perlu untuk berkempen untuk menarik ahli di kalangan ulama' kerana golongan ulama' sendiri yang berminat untuk menyertai Pas. Hinggakan sekolah-sekolah agama, fakulti pengajian Islam di universiti dan universiti Islam di timur tengah dikatakan sebagai sarang pembangkang terutamanya Pas.

Sedangkan mereka ini belajar agama dan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas sama dengan dengan apa yang mereka belajar maka sudah tentulah meraka akan cenderung kepada golongan yang memperjuangkan Islam secara syumul.

Dengan dasar perjuangan Umno yang sekarang ini, bukan tidak boleh untuk menarik ulama' tetapi kita maklumlah ulama' jenis apa yang akan menyertai mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 1:00 PM   1 comments

1 Comments:

At 2:31 PM, Anonymous Najwa Aiman said...

Huh...? Lorrrr.. supa-rupanya selama bertahun-tahun ni UMNO tak ada ulamak... patutlaaaahhhh... eheks...

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter