Wednesday, May 02, 2012

Ayat larang judi dalam Quran tak jumpa, orang yang 40 tahun tak jumpa nampak pula.

     Assalamualaikum.

Bekas IGP bimbang pro-komunis sertai BERSIH 3.0.

Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar berkata golongan pro-komunis yang terbabit dalam demonstrasi pada tahun 1970-an dilihat dalam perhimpunan Sabtu lepas di Kuala Lumpur yang kemudiannya bertukar menjadi ganas.
"Saya dapat mengecam (mereka) daripada gambar-gambar dan imej yang disiarkan (yang diambil daripada perhimpunan itu), merupakan golongan pro-komunis yang terbabit dalam demonstrasi pada tahun 1970-an," katanya di Shah Alam.
"Taktik menggunakan golongan penimbul kemarahan untuk mendorong penunjuk perasaan bertembung dengan polis dan membawa bersama kanak-kanak dengan harapan mereka mungkin mendapat kecederaan merupakan taktik yang dipelajari daripada demonstrasi prokomunis yang lepas," kata Hanif.
Hanif membuat penjelasan mengenai satu laporan Bernama yang memetik beliau sebagai berkata bahawa perhimpunan Sabtu lepas mungkin didalangi pelbagai pihak termasuk beberapa individu yang cuba menyebarkan ideologi komunis. http://malaysiakini.com – 2 Mei 2012.

Nak tergelak bila baca kenyataan bekas Ketua Polis Negara, yang juga pernah memegang jawatan Timbalan Pengerusi Kumpulan Genting, Tun Haniff Omar di atas ini. Bayangkan beliau masih lagi boleh mengecam orang yang pernah beliau jumpa kira-kira 40 tahun dahulu dan orang yang beliau cam itu berada dalam ratusan ribu peserta himpunan BERSIH.

Katakanlah orang yang berdemonstrasi ketika tahun 1970-an itu berumur 20 tahun, sekarang ini sudah tentulah berumur 50 atau 60 tahun maka dengan perubahan daripada golongan muda ke golongan berumur, agar sukar untuk mengenalpasti wajah seseorang itu. Melainkan seseorang itu keluarga atau saudara-mara yang selalu kita jumpa maka kita akan dapat lihat perubahan orang itu dari semasa ke semasa.

Satu lagi jika kita lihat sejarah negara yang mengamalkan ideologi komunis seperti China dan Rusia. Mereka menolak demokrasi dan tiada kebebasan untuk berhimpun serta berdemonstrasi. Maka ianya bertentangan dengan apa yang dituntut oleh BERSIH sekarang ini. Jadi tidak perlulah Tun Hanif Omar bimbang. Jika benarpun ada golongan pro omunis, mungkin sekarang ini mereka sudah insaf dan oleh kerana itu mereka berjuang menuntut pilihanraya adil.

posted by Lidah Penghunus @ 1:08 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter