Monday, April 09, 2012

Menteri Pendidikan Tinggi yang pemikiran sekolah rendah.

Assalamualaikum.

Mansuh PTPTN jejaskan Melayu.
KUALA LUMPUR 8 April - Pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti yang dirancang pihak pembangkang akan menyebabkan peluang pelajar di negara ini terutama membabitkan anak Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti terjejas.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana tempat yang disediakan di universiti-universiti awam adalah terhad sekali gus menyebabkan berlakunya persaingan amat sengit dalam kalangan pelajar.
Hakikatnya, beliau berkata, pengajian percuma di universiti hanya akan menyebabkan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terpaksa ditutup kerana para pelajar lebih tertumpu kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Beliau berkata, ia berikutan para pelajar tidak lagi mampu melanjutkan pelajaran ke IPTS kerana tiada pembiayaan. 9 April 2012.


Saya tidak menyangka bahawa begini taraf pemikiran seorang menteri yang diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga pendidikan tinggi. Yang pertamanya Pakatan Rakyat merancang untuk mansuhkan hutang PTPTN dan sudah tentulah mereka akan menggantikan dengan satu mekanisma yang lebih baik untuk tidak membebankan pelajar. Bukannya mansuhkan begitu sahaja.

Yang keduanya apa kaitan pemansuhan hutang PTPTN ini dengan nasib orang Melayu? Jika PTPTN yang membebankan itu dimansuhkan dan digantikan dengan biasiswa, tidak menguntungkan orang melayukah namanya itu. Saya percaya IPTS tidak akan terjejas kerana IPT tersebut tetap akan ada permintaan khususnya daripada golongan yang berpendapatan tinggi. Kita ambil contoh sektor kesihatan, dengan wujudnya hospital atau klinik kerajaan yang menawarkan perkhidmatan percuma adakah tutup klinik dan hospital swasta?

Berkenaan persaingan tempat pula. Peranan kerajaan jugalah yang perlu menyediakan tempat yang secukupnya terutama sekali untuk golongan yang berpendapatan rendah. Jika tidak cukup juga mungkin biasiswa boleh ditawarkan untuk penempatan ke IPTS khas untuk pelajar-pelajar daripada keluarga yang tidak mampu. Sebenarnya isu pokok sekarang ini ialah kerajaan harus membenteras pembaziran dan korupsi barulah pendidikan percuma ini dapat dilaksanakan. Kalau tidak inilah antara alasan-alasan bodoh yang akan keluar daripada seorang menteri.

posted by Lidah Penghunus @ 1:04 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter