Sunday, April 08, 2012

Mungkin lepas ini polis kena buat roadblock besar-besaran semasa perlawanan bola sepak.

Assalamualaikum.

Penyokong serang polis
SEORANG anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dikejarkan ke hospital akibat parah dibelasah dua orang penyokong fanatik pasukan bola sepak Sarawak di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi.

Dalam kejadian berkenaan, dua orang anggota FRU cuba meleraikan pergaduhan antara penyokong Sarawak dan Kelantan namun berakhir dengan keadaan ngeri apabila dua penyokong itu bertindak ganas dengan menumbuk salah seorang anggota FRU bertubi-tubi sehingga pengsan. Salah seorang penyerang dengan gaya rambut Mohawk bagaimanapun turut sama campur tangan dengan cuba menghalang seorang anggota FRU lain dalam memberi bantuan kepada rakannya yang sudah tidak sedarkan diri itu.
Kekecohan mula berlaku apabila sekumpulan penyokong kedua pasukan bola sepak Sarawak dan Kelantan itu saling mencemuh antara satu sama lain sebelum pergaduhan mula tercetus.

Kira-kira 30 anggota dikejarkan ke kawasan tempat duduk penonton dalam cubaan meleraikan pergaduhan yang mungkin akan berakhir lebih teruk. Berita Harian - 8 April 2012.

Apabila melihat sahaja tajuk di atas ini saya terus klik untuk mengetahui apa berita di dalamnya. Sementara paparan berita itu dimuat turun pelbagai soalan bermain di fakulti minda saya, penyokong mana? Adakah penyokong pembangkang? Nak kata penyokong BERSIH 3.0, lambat lagi.

Bila keluar sahaja paparan berita di atas rupanya penyokong fanatik pasukan bola sepak. Insiden keganasan penyokong bola sepak ini sudak banyak kali kita dengar, paling dahsyat sekali hingga kenderaan polis pun sanggup mereka bakar. Dan yang terbaru ini hingga menyebabkan anggota FRU cedera parah.

Sedangkan insiden keganasan ini tidak pernah berlaku pun dalam dua siri himpunan BERSIH yang dianjurkan sebelum ini. Sebaliknya peserta himpunan yang cedera dikasari oleh pasukan keselamatan. Tetapi himpunan aman sebeginilah yang disekat dengan roadblock besar-besaran oleh pihak polis.

Apapun BERSIH 3.0 ada 20 hari lagi, himpunan BERSIH 1.0 dan 2.0 telah membuktikan bahawa niat peserta BERSIH adalah untuk berhimpunan secara aman. Dan Himpunan BERSIH kali ini kita hanya duduk beramai-ramai di Dataran Merdeka sebagai tanda bantahan, itu sahaja.

Jadi tidak ada sebab untuk kita rakyat Malaysia takut untuk turun dan duduk di Dataran Merdeka pada 28 April 2012 nanti.

posted by Lidah Penghunus @ 12:22 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter