Wednesday, July 11, 2012

Tindakan jika parti politik salahguna foto anggota polis?

        Assalamualaikum.

Tindakan jika parti politik salahguna foto anggota polis.
Polis Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana parti politik yang menyalah guna gambar anggota atau pegawainya yang lengkap beruniform untuk dicetak pada bunting kempen, misalnya bagi tujuan mengadakan ceramah.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata tindakan itu bertujuan menjaga maruah dan imej Polis Diraja Malaysia di mata masyarakat bagi mengelak dilihat sebagai menyokong mana-mana parti politik di negara ini.
Tindakan ini diambil berikutan PAS kawasan Rantau Panjang mencetak gambar bekas Ketua Polis Daerah Tapah DSP Abdullah Omar yang bersara pada 1998 di bunting untuk hebahan ceramah isu semasa mereka pada 9 malam ini di Pusat Tarbiyah Kampung Pohon Buluh, Meranti, Pasir Mas, katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama malam tadi.
Beliau berkata walaupun bekas pegawai kanan polis itu merupakan seorang daripada penceramah, gambarnya yang masih dalam uniform polis tidak boleh dicetak bagi mengelak salah tanggapan masyarakat.  http://www.malaysiakini.com - 11 Julai 2012.

Nampaknya PDRM tidak mahu dikaitkan dengan anggotanya yang telah bersara dan telah berubah ke arah kebaikan dengan menyokong atau mendokong parti yang memperjuangkan Islam.

Kalau begitu tak mengapalah, kita tunjukkan sahaja gambar-gambar anggota polis yang melakukan kezaliman terhadap peserta himpunan aman.



posted by Lidah Penghunus @ 1:45 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter