Friday, October 08, 2010

Hunusan di penghujung Syawal.

Assalamualaikum.

UMNO sedia hadapi pemilihan 2011.
Proses babit 146,500 ahli dijamin tak kecoh.
KUALA LUMPUR: UMNO sudah bersedia melakukan pemilihan bagi menentukan kepemimpinannya tahun depan selaras dengan pindaan perlembagaan yang dilakukan Oktober tahun lalu, dengan keutamaan memberi kefahaman yang jelas pada ahli mengenai sistem baru itu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata UMNO yakin pemilihan membabitkan 146,500 perwakilan itu tidak akan menimbulkan kekecohan seperti yang berlaku pada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“UMNO mempunyai struktur yang mantap dan terancang bagi menghadapi pemilihan itu. Ahli akan diberi penerangan yang jelas mengenai pindaan perlembagaan yang dilakukan pada tahun lalu itu. “Kursus terhadap ahli mengenai perkara itu juga sudah bermula sebagai persediaan untuk melaksanakan pemilihan secara serentak, ” katanya. Berita Harian - 7 Oktober 2010.


Tiga hari selepas itu...

Pemuda, Puteri ditegur.
Tengku Adnan sedih pergerakan hanya ghairah rebut jawatan
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, sedih dengan pergerakan Pemuda dan Puteri yang dianggapnya seperti tidak bermaya dan hanya ghairah untuk merebut jawatan bagi kepentingan peribadi.
Katanya, masalah itu berpunca apabila mereka yang bertanding merebut jawatan dalam kedua-dua pergerakan itu mempunyai matlamat mendapat jawatan dalam kerajaan.
“Saya sangat sedih dengan Pemuda, mereka ini tidak faham mengenai perjuangan parti kerana mereka tidak datang daripada bawah.

“Mereka ingat apabila sudah mendapat jawatan dalam parti, mereka boleh mendapat tempat dalam kerajaan. Mereka ghairah untuk mendapat jawatan. Berita Harian - 9 Oktober 2010.

Selagi tidak mengambil Islam sebagai dasar perjuangan, ini yang akan terus berlaku dalam Umno. Jadi tidak perlulah nak mendabik dada dan merendah-rendahkan parti lawan.
Sekecoh-kecoh pemilihan PKR pun, mereka bertanding untuk memperkukuhkan parti yang berjuang untuk rakyat. Tetapi Umno berebut jawatan untuk kepentingan diri.

posted by Lidah Penghunus @ 2:41 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter