Wednesday, July 28, 2010

Guru sudah boleh berpolitik, mahasiswa bila lagi?

Assalamualaikum.

Guru boleh aktif politik.
KUALA LUMPUR: Selepas 17 tahun dilarang aktif dalam politik, pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan semula bertanding, dilantik atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik, berkuat kuasa 1 Ogos ini.
Keputusan itu yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, semalam, membabitkan 140,000 guru. Bagaimanapun, CUEPACS berharap kebenaran itu turut diperluaskan kepada semua 350,000 pegawai Gred DG41 hingga DG48 dan tidak terhad untuk guru saja. Berita Harian - 28 Julai 2010.

Saya ada terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa langkah membenarkan guru berpolitik ini memandangkan ketika sebelum merdeka dan sekitar 60-an dahulu golongan gurulah yang menjadi peyumbang tenaga kepada kegiatan parti politik yang memerintah ketika itu (sebut Umno).

Mungkin pemimpin-pemimpin Umno sekarang ini masih bermimpi bahawa guru-guru sekarang ini seperti guru tahun 50 dan 60-an dulu yang menyokong mereka. Golongan guru ketika itu aktif dalam Umno semata-mata untuk mendapatkan kemerdekaan kerana Umno ketika itu memang benar-benar untuk memperjuangkan kemerdekaan.

Sedangkan Umno (sebut Umno Baru) sekarang ini sudah diselaputi oleh kepentingan diri. Maka tidak hairanlah kebanyakan guru-guru sekarang ini cenderung kepada Pakatan Rakyat. Berbalik kepada keputusan untuk membenarkan guru berpolitik itu tadi, kita harap keputusan untuk membenarkan guru berpolitik ini bukan untuk mereka menyertai Umno dan Barisan Nasional sahajalah. Jika ramai antara mereka yang menyertai Pas, PKR atau DAP pihak kementerian kenalah berlapang dada dan menerimanya sebagai amalan demokrasi.


MAKLUMAN PENTING - BLOG LINDUNGANBULAN INI TIDAK PERNAH MENDAFTAR DALAM LAMAN WEB SOSIAL FACEBOOK ATAS NAMA LIDAH PENGHUNUS. JIKA ADA IANYA BUKAN DARIPADA BLOG INI DAN ADALAH PALSU. HARAP MAKLUM.

posted by Lidah Penghunus @ 9:33 AM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter