Friday, August 13, 2010

Hunusan sempena Ramadan.

Assalamualaikum.

KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan semalam melancarkan Dinar Emas dan Dirham Perak sebagai mata wang alternatif untuk pelbagai urusan termasuk perniagaan, membeli belah dan pembayaran zakat di negeri ini.
Bagaimanapun mengikut undang-undang, pengeluaran mata wang sama ada alternatif atau tidak, adalah di bawah bidang kuasa mutlak Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia (BNM) kerana ia membabitkan urusan dasar serta pengurusan kewangan Malaysia.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan kerajaan negeri mengeluarkan mata wang, tidak timbul soal mata wang alternatif atau tidak walaupun hanya untuk urusan jual beli di negeri itu. Berita Harian - 12 Ogos 2010.

Tidak hairanlah, orang yang keluarkan kenyataan ini adalah Awang Adek sendiri, bekas bakal Menteri Besar Kelantan yang pernah mencadangkan agar judi bola sepak dilesenkan.

Matawang Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk pembayaran gaji, zakat, mas kahwin dan perniagaan. http://www.harakahdaily.net - 12 Ogos 2010.

Matawang Dinar Emas dan Dirham Perak ini untuk mendapatkannya mestilah dibeli dengan Ringgit Malaysia mengikut harga yang telah ditentukan oleh pasaran. Tambahan pula Matawang Dinar dan Dirham ini diperbuat daripada bahan emas dan perak yang berharga serta sukar diperolehi, bukannya duit kertas yang boleh dicop sesuka hati oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Jadi apa masalahnya?

Jika benar ianya dikatakan bercanggah dengan undang-undang Malaysia maka samalah nasib matawang syariah ini dengan undang-undang syariah yang hendak dilaksanakan di Kelantan tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana dikatakan bercanggah dengan undang-undang sekular Malaysia.

posted by Lidah Penghunus @ 12:15 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter