Thursday, August 19, 2010

Hunusan 9 Ramadan.

Assalamualaikum.

Ekonomi berkembang 9.5 peratus.
KDNK tumbuh di luar jangkaan
KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berkembang 9.5 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini selepas mengekalkan pertumbuhan kukuh sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua (April hingga Jun lalu), dipacu peningkatan berterusan permintaan domestik dan eksport sektor perkilangan.
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) itu adalah di luar jangkaan dan mengatasi unjuran penganalisis yang menjangka pertumbuhan pada suku kedua adalah antara 8.1 peratus hingga 8.5 peratus. Pada suku pertama (Januari hingga Mac lalu), ekonomi negara berkembang 10.1 peratus. Berita Harian - 19 Ogos 2010.

Kakitangan awam Pulau Pinang dapat bonus RM400.
Semua 3,577 kakitangan awam di Pulau Pinang akan menikmati bonus istimewa RM400 bagi menyambut Aidilfitri.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri, geran kewangan istimewa yang membabitkan perbelanjaan RM 1.5 juta diluluskan oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini.
Pembayaran RM400 itu akan dibuat pada 3 September ini, iaitu kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri.
“Pembayaran istimewa sekaligus sebanyak RM400 sempena Aidilfitri tahun ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang. http://www.malaysiakini.com - 19 Ogos 2010.

Jika benar begitu kita cabar kerajaan pusat umumkan bonus 4 bulan gaji kepada kakitangan awam.

posted by Lidah Penghunus @ 2:26 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter