Friday, October 01, 2010

Perjuangan menuntut hak royalti rakyat Kelantan di PRK Dun Galas.

Assalamualaikum.

Dengan pulangnya Adun Galas, Che Hashim Sulaima ke Rahmatullah, tidak lama lagi akan ada satu pilihanraya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi Dun bawah Parlimen Gua Musang itu. Bagi Pas, mempertahankan kerusi Dun Galas ini adalah satu cabaran yang besar kerana ini adalah kerusi yang dirampas daripada Umno dengan majoriti yang agak nipis pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu.

Umno yang kita ketahui sudah tentu akan bermati-matian untuk merampas kembali Dun berkenaan daripada Pas ini. Sekarang ni pun kita serbenarnya sudah terasa akan bahang Pilihanraya Kecil Dun Galas ini yang mana media-media haiwan politik Umno sudah memulakan rentak tarian.

Bagi rakyat Kelantan pula khususnya pengundi berdaftar di N45 galas, anda semua sebenarnya adalah wakil bagi rakyat di seluruh negeri Kelantan. Maka terjemahkanlah bantahan anda semua pada Pilihanraya Kecil Dun Galas ini kepada Umno dan Barisan Nasional anda yang telah merampas hak royalti rakyat Kelantan.

Kepada Tengku Razaleigh yang dilantik Pengarah Pilihanraya N45 bagi Barisan Nasional, beliau adalah pemimpin Barisan Nasional yang senada dengan Pas dalam tuntutan royalti kerajaan Kelantan. Maka kita pinta agar beliau memberikan laluan kepada rakyat Kelantan untuk bersuara dalam isu hak royalti ini.

posted by Lidah Penghunus @ 11:07 AM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter