Tuesday, August 23, 2011

Tahniah kepada rakyat Libya, tetapi tidak kepada NATO.

Assalamualaikum.

Setelah jatuhnya rejim Hosni Mubarak di Mesir oleh kebangkitan rakyat, dunia sekali lagi telah menyaksikan kebangkitan rakyat marhaen menentang rejim diktator di Libya yang dipimpin oleh Muhammar Gaddafi. Namun kebangkitan rakyat di negara Libya ini tidak semudah kebangkitan rakyat di Mesir apabila rakyatnya dihujani dengan peluru oleh tentera Gaddafi.

Walau bagaimanapun hasil daripada percikan keringat dan darah rakyat Libya akhirnya rejim Gaddafi ini jatuh juga. Di sini saya menyambut baik kejatuhan rejim diktator yang sekian lama menindas rakyat Libya ini, namun saya tidak akan sekali-sekali mengiktiraf peranan kuasa asing khususnya NATO dalam menentang rejim Gaddafi ini.

Kita mahu pemimpin yang zalim dijatuhkan tetapi kita tolak campur kuasa luar terutama sekali yang dilihat tidak senang dengan kebangkitan Islam. Biarlah rakyat yang menentukan corak kepimpinan baru di tanah air mereka, lebih-lebih lagi negara arab ini telah sekian lama ditadbir oleh sekularisme.

Kembali ke negara kita Malaysia, memang benar bahawa kita rakyat Malaysia tidak akan gunakan kaedah yang digunakan oleh rakyat Mesir dan Libya. Tetapi ini adalah peringatan kepada rejim Najib dan Rosmah bahawa lambat laun kerajaan yang zalim yang menindas rakyat akan jatuh juga walaupun melalui kertas undi.

posted by Lidah Penghunus @ 10:59 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter