Timb. KPN tak tahu bezakan himpunan aman dengan rusuhan.
Assalamualaikum.
Berita TV3 malam tadi, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar cuba untuk mengaitkan himpunan BERSIH 9 Julai yang lepas dengan tragedi rusuhan yang berlaku di England ketika ini. Dalamnya kenyataannya Datuk Seri Khalid mendakwa bahawa segala pencegahan awal yang dibuat oleh PDRM terhadap BERSIH adalah untuk mengelakkan daripada tercetusnya rusuhan seperti yang berlaku di Britain.
Nampaknya Timbalan Ketua Polis ini tidak tahu membezakan antara demonstrasi aman dan rusuhan. 9 Julai yang lalu BERSIH awal-awal lagi menyatakan niat mereka berhimpun adalah secara aman tanpa mahu mencetuskan kekacauan. Niat murni mereka untuk berhimpun secara aman ini dikuatkan lagi dengan kesediaan BERSIH untuk berhimpun di stadium setelah dinasihat oleh Yang di-Pertuan Agong.
Ini berbeza dengan insiden di Britain yang mana perusuh di sana mengamuk, bertempur dengan pihak polis, membakar kenderaan dan premis dan ada yang mengambil kesempatan memecah masuk kedai untuk mencuri. Di Malaysia para peserta himpunan di serang dengan meriam air serta gas pemedih mata dan ada di antara mereka yang ditendang oleh pihak polis tetapi tiada pun tindak balas ganas daripada mereka terhadap pihak polis.
Kalau kita lihat gambar sekitar rusuhan di Britain tiada pun menggambarkan yang mereka itu berdemonstrasi, tiada pun sepanduk, kain rentang dan baju tema seperti yang dibuat oleh BERSIH. Sedangkan himpunan aman BERSIH telah dirancang secara berorganisasi oleh gabungan NGO dan parti politik yang berwibawa di negara ini. Segala hebahan dibuat melalui media-media rasmi dan baju kuning berlogo BERSIH 2.0 ditetapkan sebagai pengenalan kepada mereka yang berhimpun secara aman.
Jika Khalid kata bahawa polis berjaya menyekat BERSIH daripada melakukan rusuhan, hakikatnya walaupun pelbagai sekatan dan tangkapan dibuat, demonstrasi BERSIH 9 Julai yang lalu tetap juga berlaku dan berjaya mengumpulkan puluhan ribu peserta yang menuntut sebuah demokrasi yang bersih serta adil dan mereka telah menunaikan janji mereka bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 adalah aman apabila tiada pun kereta atau premis terbakar, hatta tong sampah di lokasi himpunan sekali pun masih dalam keadaan elok. Yang ganas sebenarnya adalah pihak polis yang menembak meriam air serta gas pemedih mata kearah himpunan aman dan menendang peserta himpun.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home