Tuesday, September 06, 2011

Petikan ucapan Mat Sabu yang dianggap sokong Komunis.

Assalamualaikum.

"tapi kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena….bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong….Bukit Kepong polis itu….polis British…hak serang Bukit Kepong tu lah pejuang kemerdekaan….ketuanya Mat Indera….Melayu…..tetapi semua sejarah itu ditutup…..Jins Samsudin buat filem….Jins Samsudin tu umno….cerita Bukit Kepong hak serang Balai Polis tu penjahat…..polis tu polis British, sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British…..tapi dibuat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indera….ketua penyerang balai polis itu….dan akhirnya dia dihukum gantung di Jail Taiping ….
Begitulah jugak…Tok Janggut , Tok Janggut ni lawan British….tapi sebelum British nak….nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan …untuk mengisytiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka….bila isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka , barulah Tok Janggut di hukum gantung di Pasir Puteh, Kelantan." Mohamad Sabu - 21 Ogos 2011.

Soalnya sekarang ini Haji Mat Sabu sebut tentang Mat Indera yang dituduh sebagai pengganas dan dinafikan peranannya sebagai pejuang kemerdekaan, tidak sebut pun tentang Komunis. Dan jika kita baca seterusnya sedutan di atas, Timbalan Presiden PAS ini juga turut menyentuh tentang Tok Janggut yang menerima nasib yang sama dengan Mat Indera.

Dua tokoh yang disebut oleh Haji Mat Sabu ini sebaris dengan nama-nama seperti Ust Abu Bakar al-Baqir, Pak Sako, Ibrahim Yaacob, Shamsiah Fakeh, Dr Buhanuddin al-Helmi, Ahmad Boestamam dan ramai lagi pejuang kemerdekaan yang ada antara mereka yang ditangkap dan ada antara mereka yang terpaksa masuk ke hutan 'bertahaluf' dengan PKM demi untuk mengusir penjajah British.

Biasalah kuasa kuffar barat yang dahulunya ancaman utamanya mereka adalah Komunis, maka mana-mana pihak yang tidak sealiran mereka akan dilabel sebagai pengganas komunis. Kini pengaruh Komunis sudah berakhir dan tuduhan mereka beralih kepada pengganas Islam pula dan perangai inilah yang diajarkan kepada anak-anak didik mereka iaitu Umno Barisan Nasional dan yang sewaktu dengannya.

Kalau mereka mengatakan bahawa komunis tidak berperanan dalam menuntut kemerdekaan kerana lebih kepada memperjuangkan ideologi iaitu komunis, apa bezanya dengan Umno yang dipergunakan oleh British untuk meneruskan ideologi mereka dan menyekat pengaruh komunis dan Islam daripada bertapak di Tanah Melayu.

posted by Lidah Penghunus @ 12:52 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter