Tuesday, July 24, 2012

Fenomena penghijrahan artis ke arah kebaikan.

           Assalamualaikum.

'PAS guna artis kerana tertekan dengan BN'

PAS yang dahulu tidak menggemari golongan artis, kini mungkin memerlukan kerjasama artis dalam kempen mereka di Kelantan kerana tertekan dengan kejayaan BN mendekati golongan muda, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata BN telah berjaya menarik golongan muda menerusi program kesukarelawan 1Malaysia Youth For You (1M4U) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Ahad lepas dan ia memberi tekanan kepada PAS.
Katanya dahulu di Kelantan persembahan artis termasuk dikir barat dan Mak Yong diharamkan dan PAS juga tidak begitu gemar dengan golongan artis kerana didakwa terlibat dalam kegiatan tidak bermoral.
"Tetapi kini mereka perlu mencari pendekatan baharu untuk mendekati golongan muda yang merupakan kelompok penting pengundi," katanya ketika diminta mengulas usaha PAS Kelantan membawa artis ke negeri itu untuk berkempen.  http://www.malaysiakini.com - 21 Julai 2012.

Sebenarnya fenomena penghijrahan artis ke arah kebaikan ini sudah lama dahulu kita dengar. Seringkali kita dengar artis khususnya yang baru balik dari tanah suci berubah kembali kepada Islam, menutup aurat, malahan meninggalkan terus dunia hiburan dan tidak mahu lagu radio atau tv memutarkan kembali nyanyian mereka. Tetapi ramai antara mereka yang kecundang, ada yang sudah kembali ke dunia hiburan dan ada yang dahulunya bertudung sempurna kini tidak lagi menitikberatkan tentang penjagaan aurat. Tidak perlulah saya sebutkan di sini siapakah artis-artis itu.

Melihatkan keadaan ini saya amat menyambut baik sebenarnya usaha PAS bawah Dewan Pemuda mendekati golongan artis. Malahan saya dengar sudah ada usrah musika khas untuk anak-anak seni yang mula berjinak kepada cara hidup Islam. Sebenarnya dengan usaha beginilah artis-artis yang mula berhijrah ini ada tempat untuk membimbing mereka. Jadi mereka tidak terumbang-ambing yang akhirnya akan memungkinkan mereka kembali ke zaman jahiliah mereka dahulu.

Penghijrahan golongan seni ini tidak semestinya mereka terus meninggalkan kerjaya mereka, malahan bakat mereka ini boleh digunakan untuk dakwah Islam, asalkan ianya tidak melanggar batas syariat. Bagi saya tidak timbul isu PAS mengunakan artis untuk kempen politik kerana kebanyakan artis yang menyertai usrah musika ini pun tidak semuanya ahli PAS. Malahan saya secara peribadinya menyambut baik juga usrah untuk golongan artis yang dianjurkan oleh NGO Islam yang lain.

posted by Lidah Penghunus @ 1:47 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter