Wednesday, March 13, 2013

Transformasi, manifesto dan janji ditepati.

           Assalamualaikum.

PRU: Saya perlukan masa, kata Najib.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau memerlukan masa sebelum mengumumkan tarikh pilihan raya umum akan datang.
Beliau yang dihujani soalan berkaitan pilihan raya dalam rancangan “Conversation with the PM” yang disiarkan di TV3 malam tadi berkata, beliau perlu membuktikan kepada rakyat terlebih dahulu bahawa pelan serta agenda transformasi yang dibawanya berjaya.
"Ya (boleh umum pilihan raya). Tetapi saya mahu berdepan dengan rakyat dan menunjukkan bahawa agenda transformasi kami sebenarnya sedang berjalan dan ini adalah kemajuan sebenar kepada negara. Inilah perubahan dan kita sedang menyampaikan. Dan rakyat boleh merasainya. http://www.malaysiakini.com/ - 13 Mac 2013.

Apabila ditanya tentang bubar Parlimen, Najib mohon diberikan masa agar program transformasi beliau benar-benar berjaya. Sedangkan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor yang baru satu penggal memerintah itu di saman atas sebab gagal melaksanakan beberapa manifesto pada PRU 12.

Memanglah program transformasi Najib tak boleh nak disamakan dengan manifesto pilihanraya Pakatan Rakyat tetapi seperti tansformasi Najib, Pakatan Rakyat juga memerlu tempoh sepenggal lagi untuk mereka melaksanakan apa yang terdapat dalam manifesto mereka.

Itu pun kita tengok banyak manifesto PRU12 yang telah dilaksanakan umpamanya air percuma 20 meter padu yang memberikan manfaat kepada semua golongan. Malahan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor bolehlah dikatakan mendahului program tranformasi Najib apabila berjaya membuktikan pentadbiran yang cekap, telus, akauntabiliti yang jauh daripada rasuah dan pembaziran.

Sebagai sebuah kerajaan baharu yang mewarisi negeri yang pincang daripada kerajaan terdahulu, kerajaan Pakatan Rakyat yang didokongi oleh PKR, PAS dan DAP ini juga memerlukan masa untuk membaikpulih segala kerosakan yang berlaku dan dalam masa yang sama agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor tetap berjalan.

Bercerita tentang tranformasi dan manifesto ini juga apa yang saya lihat Najib cuba memperdayakan rakyat dengan mengaitkan pemberian BR1M misalnya sebagai janji ditepati seterusnya menjadikan ianya sebagai perbandingan untuk membidas Pakatan Rakyat yang dikatakan gagal melaksanakan manifesto pilihanraya. Sedangkan pemberian BR1M ini adalah perkara yang dibentangkan dalam belanjawan di Dewan Rakyat dan apabila namanya dibentangkan dalam Parlimen maka mahu tidak mahu mahu ianya mesti dilaksanakan.

Tambahan pula apabila BR1M ini dibentangkan dalam Belanjawan di Dewan Rakyat maka secara tidak langsung ianya melibatkan sokongan Ahli Parlimen daripada pembangkang, oleh itu Najib tidak bolehlah kata BR1M ini jasa BN seratus-peratus.

posted by Lidah Penghunus @ 12:21 PM   1 comments

1 Comments:

At 5:16 AM, Anonymous Anndiana said...

Assalammualaikum, wah isi blognya politik semua ya om,..saya suka sekali abcanya. Mengesankan ulasannya, terima kasih, wasalam,..salam kenal,

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter