Thursday, September 13, 2012

Benarkah BN bagi mandat kepada rakyat?

  Assalamualaikum.

Noh: K'jaan Sgor takut serah mandat pada rakyat.
Keengganan Selangor mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pilihan raya persekutuan menunjukkan kerajaan negeri di bawah pimpinan PKR takut menyerahkan mandat kepada rakyat bagi memilih pimpinan yang dikehendaki.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan itu juga menunjukkan PKR Selangor tidak bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang kerana banyak janji pada pilihan raya lepas masih belum dilaksanakan.
"PKR Selangor tidak bersedia menghadapi pilihan raya kerana melihat rakyat khususnya di Selangor, telahpun kembali sedar tentang penipuan mereka, sebab itu mereka takut dengan rakyat kerana banyak janji yang tidak ditepati.
"Kesimpulannya, PKR Selangor takut serah mandat kepada rakyat dan mereka sudah mula rasa gila kuasa dan kalau boleh mereka tidak mahu pilihan raya diadakan langsung," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Merdekaraya anjuran Pergerakan Wanita BN Selangor di Finas, Hulu Klang di ibunegara malam ini. http://www.malaysiakini.com – 13 September 2012.

Tidak timbul sebenarnya soal Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor takut untuk serah mandat kepada rakyat kerana apabila tiba masanya Dewan Negeri Selangor kena buat pilihanraya juga

Soalnya sekarang adakah benar rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin mereka? Sedangkan mereka dipaksa hanya untuk menyaksikan kempen Barisan Nasional di akhbar perdana dan televisyen sahaja?

Mandat rakyatkah namanya itu apabila rakyat yang menyokong dan mengundi Pakatan Rakyat diugut dan tekan secara langsung atau tidak langsung?

Dan adakah rakyat benar-benar diberikan mandat oleh kerajaan Barisan Nasional apabila daftar pemilih diselewengkan dan SPR diperkudakan demi memenangkan BN setiap kali pilihanraya?

Jika BN benar-benar berani untuk berhadapan dengan mandat rakyat kita cabar Najib agar umumkan tarikh Pilihanraya Umum ke-13 agar semua pihak boleh bersedia.

posted by Lidah Penghunus @ 1:36 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter