Tuesday, January 15, 2013

Sama-sama, Najib.

    Assalamualaikum.

Himpunan 12 Jan: PM ucap terima kasih pada Pakatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyampaikan penghargaan kepada Pakatan Rakyat atas tindakan semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat yang menurutnya menunjukkan kejayaan politik BN dan reformasi kerajaan.
Katanya, walaupun beliau tidak bersetuju dengan pembangkang, beliau berterima kasih kerana kumpulan berkenaan menghormati semangan Akta Perhimpunan Aman.
Beliau berkata demikian semasa pembukaan satu persidangan undang-undang di Kuala Lumpur hari ini. http://www.malaysiakini.com – 14 Januari 2013.

Tak kisahlah Najib nak kata program tranformasi kerajaan berjaya dan beliau mengambil keuntungan politik daripada isu ini. Kita Pakatan Rakyat juga berjaya membuktikan kepada umum bahawa niat kita berhimpun selama ini adalah aman. Memetik tajuk berita sebuah tabloid semalam ‘situasi menang-menang’, yang penting rakyat boleh menilai mana parti yang patut mereka pilih untuk jadi kerajaan pada PRU13 nanti.

Berbalik kepada ucapan terima kasih Najib itu tadi, adat orang yang berterima kasih kenalah membalas budi maka tunaikanlah lapan tuntutan yang rakyat kemukakan di Stadium Merdeka pada 12 Januari tempoh hari. Kerajaan BN telah memberikan kepercayaan kepada kita berhimpun secara aman dan kita tunaikan janji kita dengan berhimpun secara aman serta berdisplin.

Maka selepas ini kita minta Najib berikan pula ruang kepada Pakatan Rakyat untuk akses kepada media perdana, akhbar serta tv dan insya-Allah peluang ini juga akan digunakan oleh Pakatan Rakyat dengan sebaiknya untuk memberikan penerangan kepada rakyat tanpa unsur-unsur fitnah dan pembohongan.

posted by Lidah Penghunus @ 1:06 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter