Tuesday, October 19, 2010

Dari sisi pandangan Dr Mahathir.

Assalamualaikum.

Jangan ghairah nak tukar kerajaan: Dr M.
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat supaya tidak mudah menukar kerajaan setiap kali pilihan raya umum kerana pertukaran tampuk kepemimpinan tidak menjanjikan perubahan ketara dalam pembangunan negara.
Sebaliknya, beliau berkata banyak perkara tidak mampu diubah, sekali gus kekal pada kedudukan asal walaupun pentadbiran negara diambil alih oleh kerajaan pembangkang.
“Jangan fikir dengan menukar kerajaan melalui perubahan rejim, banyak perkara akan berubah sedangkan ia tidak berlaku. Berita Harian - 19 Oktober 2010.



Di sini saya ingin menyentuh kenyataan bekas PM ini daripada sisi yang lain. Dahulu kita sering dengar kenyataan bahawa mana-mana kerajaan yang memerintah pun sama, mereka tetap akan membuat pembangunan kerana itu sudah menjadi tanggungjawab. Kenyataan ini sebagai menyanggah telahan bahawa hanya Barisan Nasional sahaja yang memberi pembangunan, bukan Barisan Nasional tidak mampu.


Kembali kepada kenyataan Tun Dr Mahathir itu tadi maka kita sebenarnya tidak perlu takut untuk tukar kerajaan pada pilihanraya umum akan datang kerana andaikata Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negara pembangunan negara tetap aklan diteruskan. Tidaklah apabila Pakatan Rakyat memerintah habis tiada pembangunan dan negara menjadi mundur. Malaysia tetap seperti yang kita lihat sekarang ini iaitu semakin pesat sesuai dengan peredaran masa. Lihatlah Selangor, adakah semenjak Pakatan Rakyat ambil alih ianya terus menjadi seperti tahun 80-an dahulu?


Yang bezanya ialah Pakatan Rakyat memerintah dengan adil tanpa amalan kronisme, korupsi, pembaziran dan penindasan yang akhirnya mengakibatkan rakyat tidak menikmati sepenuhnya pembangunan yang dibuat. Kita lihatlah negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, penambahbaikan yang mereka buat dalam pentadbiran telah menyebabkan mereka diserang bertubi-tubi oleh Umno Barisan Nasional melalui media dengan isu-isu yang tidak masuk akal. Ini kerana Umno dan Barisan Nasional begitu takut dengan perubahan yang dilakukan serta faedahnya kepada rakyat.

Oleh itu andaikata Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Persekutuan, dengan amalan pentadbiran baik yang mereka lakukan maka kita percaya banyak faedah yang akan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.

posted by Lidah Penghunus @ 1:27 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter