Monday, January 24, 2011

Hunusan PRK DUN Tenang.

Assalamualaikum.

Tenang terus tertumpu pada tangan Cikgu Mala.
pemimpin BN nampaknya terus tertumpu seputar isu sama ada
calon PAS Normala Sudirman bersalam atau tidak dengan lelaki, khususnya bangsa
Cina.
Pagi ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan,
Datuk Seri Tan Lian Hoe hari ini terus menyelar pendirian muslimat PAS itu.
"Ini perkara paling asas... Bukan hanya lelaki, tetapi bila dia (Normala)
bersalam dengan wanita, dia juga pakai sarung tangan. Ini tidak mesra. Adakah
dia fikir tangan kita kotor,"kata pemimpin GERAKAN itu.
"Saya harap pengundi Cina berhati-hati. Kita amat bimbang berhubung isu negara
Islam. Mereka mahu mengamalkan negara Islam yang ekstrim."
Isu itu mulai timbul apabila Presiden MCA Chua Soi Lek sebelum ini dilaporkan
berkata, tindakan Normala enggan bersalam dengan lelaki tidak diterima oleh
masyarakat Cina.
Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM)
pula menyatakan kegusarannya terhadap permainan politik yang didakwa tidak
mengira sensitiviti agama dan adab tatasusila masyarakat.
"Isu tidak bersalam antara lelaki dan wanita bukan mahram tidak patut dijadikan
bahan politik oleh mana-mana pihak," katanya sambil menambah perkara itu adalah
tuntutan agama. http://malaysiakini.com - 23 Januari 2010.

Inilah namanya 'ikan busuk bermula daripada kepala'. Kalau dah ketuanya jenis yang tidak berakhlak, tidak kisah 'berlapik' atau pun tidak dan terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral maka pengikut-pengikutnya sudah tentulah tidak akan suka dengan benda-benda 'berlapik' ni.

posted by Lidah Penghunus @ 11:39 AM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter