Friday, October 29, 2010

Hunusan PRK Dun Galas Bil. 2

Assalamualaikum.

Galas jadi penentu perubahan.
BN gerak usaha tawan DUN sebelum pilihan raya umum akan datang
GUA MUSANG: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas akan menjadi penentu kepada permulaan perubahan di Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata walaupun pilihan raya kecil itu tidak mengubah kerajaan yang diterajui PAS, ia boleh menjadi petunjuk baru.
"Galas menjadi penentu kepada perubahan di Kelantan, kalau kita boleh gerakkan (usaha untuk menawan DUN Galas) maka ia boleh menjadi satu sejarah dalam pilihan raya kecil apatah lagi pada pilihan raya umum nanti. "Ini akan menjadi petunjuk bahawa kita boleh mengambil tampuk pemerintahan Kelantan daripada PAS. Oleh itu, usaha perlu dimulakan dari Galas," katanya selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di PPMS Mercu Jaya, Tanah Putih di sini, malam kelmarin.


Pada bulan Disember tahun 2005 kerusi Dun Pengkalan Pasir telah dirampas oleh Barisan Nasional daripada Pas yang menyaksikan Pas berada kedudukan yang bahaya iaitu tinggal hanya kelebihan satu kerusi di Dun Kelantan.

Bermula pada detik itu Umno semakin ghairah dan yakin untuk mengambil alih negeri Kelantan daripada Pas. Hinggalah tiba Pilihanraya Umum ke-12 apabila Umno telah melancarkan slogan pade doh dalam kempen untuk merampas Kelantan. Mereka dengan angkuh dan terlalu yakinnya telah menobatkan Dr Awang Adek sebagai bakal Menteri Besar Kelantan (sekarang bekas bakal Menteri Besar Kelantan).

Akhir tanggal 8 Mac 2008 dengan kuasa Allah telah menyaksikan tsunami politik apabila Barisan Nasional kalah teruk di Kelantan, hilang 5 negeri dan hilang majoriti 2/3 di Dewan Rakyat.

posted by Lidah Penghunus @ 6:09 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter