Saturday, October 23, 2010

Hunusan Perhimpunan Agong Umno Bil. 3/2010.

Assalamualaikum.

Wakil Puteri: PAS tiru wasatiah Umno.
Perubahan dalam Umno telah pun bermula, malah ditiru oleh parti lawan PAS, kata wakil pergerakan puteri yang menyokong usul agama dan pendidikan di perhimpunan agung Umno hari ini.
Idamoerni Zakaria berkata langkah itu dilihat apabila PAS sudah pun mula memperjuangkan Islam secara wasatiah (sederhana) seperti Umno.
Katanya, PAS sebelum ini sanggup "mengkafirkan" Umno kerana berkerjasama dengan parti MCA dan MIC, tetapi PAS sendiri kini bekerjasama dengan DAP.
Tidak ada pemimpin pembangkang yang berdiri di pentas antarabangsa untuk mempertahankan Islam selain pemimpin Umno, katanya lagi.
Tambahnya, perkara itu boleh dilihat apabila Datuk Seri Najib Razak menyarankan masyarakat dunia supaya memilih kesederhanaan dan menolak ekstremisme di sidang Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), hujung bulan lalu.
Katanya lagi, Umno telah berusaha menjaga martabat Islam melalui beberapa isu yang diperjuangkan, termasuk ketika Islam dipersendakan melalui satu karikatur Nabi Muhammad yang menimbulkan kontroversi pada akhir 2006.
"Saat Islam dipersenda dengan karikatur, pemimpin Umno yang perjuangkan isu tersebut," katanya.
Idamoerni berkata, Usaha Umno seperti itu juga dapat dilihat melalui usaha Pemuda Umno menyelamatkan wanita Malaysia yang dibawa ke Lombok, Indonesia dan juga ketika menghadapi mententeramkan isu pertubuhan BENDERA dari negara itu.
"Di mana Raja Petra (Kamarudin), Anwar Ibrahim dalam isu ni. Adakah mereka hanya tunggu masa untuk buruk-burukkan kita dalam Harakah, Malaysiakini dan sebangainya?" soalnya. http://malaysiakini.com - 23 Oktober 2010.

Mungkin konsep wasatiah atau kesederhanaan bagi Puteri Umno ialah boleh menjemput artis gay membuat konsert, boleh membuat pertunjukkan fesyen islamik yang mendedahkan aurat, boleh mengadakan tarian berunsur lucah semasa majlis sambutan hari raya dan tidak perlu melaksanakan sepenuhnya undang-undang Islam, ambil separuh-separuh sahaja.
Sedangkan Pas mengamalkan wasatiah yang sebenar-benarnya dituntut oleh Islam. Ulama' muda Umno kena bimbinglah Puteri Umno tentang apa sebenarnya konsep wasatiah yang dituntut oleh Islam. Jangan asyik mengampu sahaja.

Perwakilan Puteri Umno ini juga selama ini mungkin tidur atau tidak ambil tahu tentang isu semasa ataupun leka dengan isu hiburan hinggakah tidak tahu tentang isu semasa yang berlaku selama ini. Dalam isu BENDERA misalnya adakah dia tak terbaca bahawa Ahli Parlimen Pas sebelum ini telah mendapat pujian daripada Menteri Luar atas inisiatif mereka bertemu dengan rakan pembangkang di Indonesia dalam usaha menjernihkan hubungan antara dua negara ekoran isu BENDERA itu.

IFF: Ulama muda 'pertahan' Rosmah, selar pembangkang.
Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata pendekatan pembangkang mengecam tindakan Datin Seri Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.
Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.
"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya. http://malaysiakini.com - 23 Oktober 2010.

Inilah jadinya apabila Ulama' itu mengkhianati ilmu yang diperolehinya semata-mata untuk keuntungan duniawi. Pemimpin mereka yang berbuat kemungkaran bukan hendak ditegur, malahan dipertahankan dengan alasan yang bodoh.
Adakah mungkin seseorang menjadi penaung tidak tahu menahu tentang apa perancangan organisasi yang dinaunginya?
Mungkin kalau penaung itu Anwar Ibrahim maka akan berkokoklah budak suruhan Umno ini minta Anwar bertaubat.
Kalau benarpun Rosmah tidak tahu-menahu, tiada kedengaran pun permohonan maaf beliau kepada umat Islam di Malaysia ini.

posted by Lidah Penghunus @ 3:20 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter