Friday, October 22, 2010

Hunusan Perhimpunan Agong Umno.

Assalamualaikum.

'Pindaan Perlembagaan hanya dengan kelulusan Majlis Raja-Raja'
KUALA LUMPUR: Pindaan Perlembagaan Persekutuan khususnya membabitkan kedudukan Melayu hanya boleh dibuat dengan kelulusan Majlis Raja-Raja walaupun memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Pakar Undang-Undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz (kanan), berkata sebarang pindaan membabitkan kedudukan Melayu, termasuk Perkara 153 yang menyentuh kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, perlu melalui Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan dua pertiga majoriti pada bacaan kali kedua dan ketiga.
“Selepas itu, pindaan berkenaan perlu mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja berdasarkan peruntukan Perkara 38 (Majlis Raja-Raja) Fasal 4 dan Fasal 5 dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mengenai kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera hanya boleh dipinda selepas mendapat perkenan Majlis Raja-Raja yang dianggotai sembilan Raja Melayu walaupun mendapat dua pertiga majoriti di Parlimen. Berita Harian - 22 Oktober 2010.

Selama ini Umno sering mengatakan bahawa Melayu akan tergugat jika Umno hilang kuasa pemerintahan dan hanya Umno yang mempertahan hak istimewa orang Melayu. Maka berkali-kali mereka ingatkan orang Melayu agar memastikan Umno terus mendapat kuasa pemerintahan dalam setiap pilihanraya.

Walau bagaimanapun kandungan Ucapan Dasar Presiden dalam Perhimpunan Agong Umno semalam membuktikan bahawa orang Melayu tidak perlu risau jika Umno kehilangan kuasa dan Umno tidak perlu gundah gelana jika mereka tidak mampu untuk mempertahan hak keistimewaan orang Melayu andaikata tiada kuasa pemerintahan. Kerana sudah termaktub bahawa Majlis Raja-Raja akan menjadi benteng terakhir untuk mempertahankan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan ini.

Selama ini pun adakah benar Umno membela orang Melayu? Kita juga tidak lupa siapa sebenarnya yang mengurangkan kuasa raja-raja Melayu.

posted by Lidah Penghunus @ 12:06 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter