Saturday, October 23, 2010

Hunusan Perhimpunan Agong Umno Bil. 2/2010

Assalamualaikum.

Tanah Melayu semakin terhakis.
UMNO Pulau Pinang dedah banyak hartanah dijual atau bertukar tangan.
KUALA LUMPUR: UMNO Pulau Pinang semalam mendedahkan tanah milik orang Melayu di negeri itu yang diwarisi turun temurun semakin terhakis dan sehingga kini hanya tinggal 20.41 peratus, akibat dijual atau bertukar tangan.
Wakil negeri itu, Muhamad Farid Saad, berkata daripada jumlah itu 1.16 peratus membabitkan tanah milik Melayu di Daerah Timur Laut, Balik Pulau (15.07 peratus), Seberang Prai Utara (- 44.20 peratus), Seberang Prai Tengah (- 23.55 peratus), Sebarang Prai Selatan (- 20.41 peratus).
Beliau berkata, kajian Badan Perhubungan UMNO negeri serta maklum balas daripada 13 UMNO bahagian juga mendapati 60 kelompok perkampungan orang Melayu dengan penduduk 7,000 orang akan kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka dibina di tanah milik orang.

“Kita menjadi tuan hanya apabila rumah adalah milik kita, terbina di atas tanah milik kita, maka tidak ada siapa yang boleh menghalau kita.
“Bagaimanapun, kalau tanah yang kita pijak itu milik orang walaupun rumah kita, kita akan diusir dan selalunya terusir dalam keadaan yang terhina,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden, semalam. Berita Harian - 23 Oktober 2010.

Di sini kita hendak bertanya kepada Umno Pulau Pinang adakah perkara ini berlaku sejak pentadbiran Pulau bertukar tangan ataupun ianya telah lama berlaku sejak zaman BN lagi?
Kamu pasti kah yang semua ini angkara kerajaan baharu yang mentadbir Pulau Pinang sekarang ini? Bagaimana pula kes-kes yang berlaku di negeri-negeri lain yang diperintah oleh Umno dan Barisan Nasional?

Pembangkang sanggup ke UK, AS hasut pelajar.
Usaha berterusan pengaruhi fikiran golongan muda benci kerajaan.
KUALA LUMPUR: Pihak pembangkang tidak hanya aktif menemui pelajar Malaysia di Indonesia, malah sanggup berjalan jauh hingga United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS), sejak 10 bulan lalu.
Wakil Kelab UMNO Luar Negara, Mohd Rizal Abd Rahman, berkata tindakan itu sebahagian usaha berterusan membenci kerajaan, termasuk menabur fitnah bagi mempengaruhi fikiran golongan muda.
“Mereka (pembangkang) sering datang ke luar negara secara beramai-ramai untuk mempengaruhi pemikiran anak muda di sana. Kenapa mereka berminat sangat terhadap masyarakat muda di luar sana sedangkan kami hanya pelajar. Jika hendak dikatakan untuk balik mengundi pun, peratusan kami amat kecil.

“Contohnya, di London, pembangkang cuba meracuni fikiran pelajar Malaysia menerusi pelbagai strategi dengan membentuk kumpulan penyokong dikenali sebagai 'friends of Pakatan' (rakan pakatan), selain membuat aktiviti kebajikan seperti mengumpul derma semata-mata untuk meraih sokongan ramai (pelajar).
“Di Mesir, mereka sudah meletakkan ejen dalam kepemimpinan pelajar di sana, supaya apabila pelajar baru datang ke negara itu, mereka boleh menyampaikan agenda palsu pembangkang,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden, semalam. Berita Harian - 23 Oktober 2010.

Jika Kelab Umno boleh pula ditubuhkan di universiti-universiti di luar negara jadi apa masalahnya jika pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat datang ke sana untuk mendekati pelajar-pelajar kita?
Pelajar-pelajar universiti ini adalah golongan intelek yang mampu menilai sesuatu isu itu dari sudut kecendekiaan mereka. Jadi tidak timbul soal mereka dihasut oleh mana-mana pihak.
Tambah lagi universiti di luar negara memberi kebebasan kepada pelajar mereka untuk berpolitik maka mereka bebas untuk memilih parti mana yang terbaik untuk mereka.

BN diminta kaji sistem kuota kerusi antara parti komponen.
BARISAN Nasional (BN) perlu mengkaji semula sistem kuota pembahagian kerusi antara parti komponen dengan meletakkan calon UMNO di kawasan majoriti pengundi Melayu yang sebelum ini ditandingi MCA, MIC, GERAKAN dan Parti Progresif Penduduk (PPP). Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias (kanan), berkata prestasi buruk BN pada pilihan raya umum lalu adalah akibat kekalahan teruk parti komponen seperti MCA, MIC, GERAKAN dan PPP.
Beliau yang mewakili UMNO Negeri Sembilan membahaskan usul ucapan dasar presiden, berkata sebagai balasan tidak diletakkan sebagai calon, wakil parti komponen terbabit dilantik sebagai Senator dan diberikan kedudukan dalam Kabinet atau negeri. Berita Harian - 23 Oktober 2010.


Ini adalah bukti bahawa Umno telah kehilangan sokongan daripada pengundi bukan Melayu. Tetapi adakah mereka fikir bahawa majoriti pengundi Melayu menyokong mereka?

posted by Lidah Penghunus @ 1:05 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter