Sunday, December 05, 2010

Rakyat Selangor menuntut hak air, tetapi diberi air kimia.

Assalamualaikum.







Saya tertanya-tanya mengapa pihak polis susah sangat hendak membenarkan peserta perhimpunan siang tadi berarak secara aman untuk mengiringi pemimpin mereka menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong? Sedangkan dalam siri-siri himpunan anti Israel dan anti perang sebelum ini yang dibenarkan berarak terbukti mereka tidak melakukan sebarang bentuk kekacauan apatah lagi keganasan.
Mereka hanya berarak dari masjid ke kedutaan dan tiba ke kedutaan beberapa orang pimpinan utama masuk menghantar memorandum sambil sebahagian pimpinan yang lain berucap di luar. Dan apabila pimpinan keluar dari kedutaan, sedikit taklimat diberikan, himpunan diakhiri dengan bacaan doa dan peserta demonstrasi bersurai dengan aman.
Saya percaya jika himpunan siang tadi tidak diganggu senarionya samalah juga seperti himpunan yang saya sebutkan tadi. Namun begitu kita sebenarnya tahu bahawa pihak PDRM telah menerima arahan daripada kerajaan Barisan Nasional yang takut akan kebangkitan rakyat. Mereka takut rakyat yang lain akan nampak bahawa begitu ramai rakyat Selangor menentang penswastaan air angkara mereka.
Maka sebab itulah mereka telah berusaha menggagalkan perarakan agar media peliharaan mereka dapat mengatakan bahawa perhimpunan menuntut hak air rakyat Selangor gagal kerana hanya dihadiri oleh 500 orang. Sedangkan ketika solat Zohor tadi, ruang solat Masjid Negara hampir penuh dan itu belum kira rakan-rakan bukan Islam yang menunggu di luar.


posted by Lidah Penghunus @ 10:46 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter