Monday, November 01, 2010

Hunusan PRK Dun Galas Bil. 3.

Assalamualaikum.

SPR anggap PAS cuba beli undi.
Tindakan tawar RM250 setiap pengundi di luar supaya pulang langgar akta.
GUA MUSANG: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada setiap pengundi luar yang tinggal di Lembah Klang dan Johor supaya pulang mengundi pada 4 November ini sebagai cubaan membeli pengundi, sekali gus menyalahi Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jika terbukti menyalahi akta berkenaan, kemenangan calon parti berkenaan pada pilihan raya kecil itu boleh dibatalkan menerusi petisyen pilihan raya.
“Walaupun parti itu mendakwa mereka berniat baik bagi mengurang beban pengundi untuk balik mengundi, tindakan itu boleh ditafsirkan kaedah memancing undi dengan cara membeli undi. Berita Harian - 1 November 2010.

Saya rasa SPR kena teliti betul-betul kenyataan daripada Pas itu. Pas menawarkan untuk membiayai perjalanan mereka di perantauan untuk pulang mengundi di Dun galas. Bukannya membiayai perjalanan pulang mereka untuk mengundi Pas di Galas.

Ini dikira sebagai sumbangan Pas kepada pengundi-pengundi berdaftar bagi melaksanakan kewajipan mereka sebagai rakyat Malaysia. Samalah juga dengan perkhidmatan kenderaan untuk menghantar pengundi oleh parti politik yang bertanding setiap kali pilihanraya. Mereka akan menghantar sesiapa sahaja untuk pergi mengundi tanpa mengira yang dibawa itu mengundi parti mana.

Kalau SPR boleh menganggap Pas membeli undi atau rasuah, SPR juga boleh menganggap Umno dan Barisan Nasional rasuah atau membeli undi kerana tiba-tiba sahaja meluluskan peruntukkan kewangan untuk projek pembangunan di kawasan yang terlibat dengan pilihanraya.

Jadi SPR tak perlulah sibuk-sibuk membuat anggapan. Serahkan sahaja kepada SPRM untuk menafsirkannya. Adalah lebih baik SPR memperbaiki diri mereka yang dilihat menjadi parti komponen kepada Barisan Nasional.

posted by Lidah Penghunus @ 6:44 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter