Tuesday, March 29, 2011

Wartawan ke polis yang menguatkuasakan undang-undang?

Assalamualaikum.

Nazri: Trio Datuk T boleh dilindungi undang-undang.
Trio 'Datuk T' yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak pihak berkuasa mendapati ada kes.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang mendedahkan video berkenaan. http://malaysiakini.com/ - 29 Mac 2011.

Seseorang yang mempunyai maklumat tentang salah laku jenayah akan terus pergi ke balai polis untuk membuat laporan tentang kejadian jenayah yang berlaku. Dan apabila terdapat ancaman daripada pelaku jenayah maka individu ini akan dilindungi melalui kedua-kedua akta tersebut.

Tetapi dalam kes Trio Datuk T ini mereka tidak terus melaporkan ke balai polis, sebaliknya membuat tayangan filem lucah di hadapan para wartawan. Adakah mereka layak untuk dilindungi?

Jika benar pun mereka telah membuat laporan polis selepas daripada itu tetapi mereka tetap tidak boleh terlepas daripada kesalahan memiliki dan menayangkan video lucah menurut Akta Penapisan Filem 2002.

posted by Lidah Penghunus @ 1:21 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter