Friday, September 09, 2011

Rasulullah juga membebaskan Kota Mekah secara aman.

Assalamualaikum.

Kalau kita singkap kembali sirah Rasulullah saw, baginda juga membebaskan kota Mekah secara aman tanpa pertumpahan darah kecuali sedikit pada pasukan Khalid al-Walid yang diserang oleh pasukan Musrikin yang dipimpin oleh Ikrimah Bin Abu Jahal. Tetapi walaupun ianya secara aman tetapi Islam tetap mendominasi keadaan pada masa itu dalam kata yang lain ianya tetap memberikan kelebihan kepada Islam

Orang Islam yang dipimpin oleh Rasulullah saw datang dengan persiapan ketenteraan yang kuat dan apabila tiba suatu lokasi baginda melakukan perang saraf dengan memasang unggun api yang besar yang menimbulkan rasa gerun golongan musyrikin daripada Mekah.

Namun tentera Islam masuk ke Kota Mekah secara aman dan menyeru bahawa mereka akan selamat jika masuk ke rumah Abu Sufiyan, memasuki Masjidil Haram dan berlindung di rumah mereka sendiri yang akhirnya berbondong-bondong penduduk Mekah telah masuk Islam. Dengan pembebasan Kota Mekah ini sebanyak 360 buah berhala di sekeliling Kaabah telah diruntuhkan.

Tetapi di negara kita yang merdekanya juga secara aman tanpa pertumpahan darah, setelah 54 tahun merdeka berhala moden masih lagi belum diruntuhkan oleh pemerintah. Perlu kita ingat sebelum peristiwa pembebasan Kota Mekah ini Rasulullah SAW dan orang Islam telah melalui banyak perjuangan bersenjata, berperang dengan tentera musyirikin Mekah.

posted by Lidah Penghunus @ 11:14 AM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter